Dalam tulisan sebelum ini berkenaan hibah hartanah, seorang hamba Allah bertanya soalan yang sangat baik.
Soalan beliau, "sekiranya rumah contohnya dihibahkan kepada isteri kemudian berlaku cerai hidup, apakah kedudukan hibah dan rumah tersebut?.
Suka saya sebutkan dua perkara penting disini. Pertama, peri penting memahami hukum dan kesan undang undang daripada setiap dokumen yang kita buat. Kedua, peri penting mengetahui bahawa tiada "silver bullet" yang boleh menyelesaikan semua aspek dan kehendak kita dalam semua kemungkinan serta keadaan.
Dalam aspek hukum dan undang undang islam, apabila sesuatu hibah itu memenuhi rukun hibah yakni adanya pemberi, penerima, pemilikan, ijab qabul dan syarat qabd maka hibah tersebut sah. Syarak juga menetapkan bahawa hibah selain kepada anak, cucu dan keturunan kebawah tidak boleh ditarik balik KECUALI dengan persetujuan penerima. Maknanya, sekiranya penerima hibah adalah isteri, suami hanya boleh menarik balik hibah jika isteri setuju untuk mengembalikan harta yang dihibahkan(ramai suami 😧😧😧).
Kenapa begitu? Kerana sifat hibah itu sendiri yang bermaksud hadiah yaitu pemberian atas rasa kasih sayang, ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan. Sebagai hadiah, mana mungkin kita mengambil semula hadiah yang kita berikan kepada sahabat contohnya selepas kita tidak lagi baik dengan beliau! Ini kerana pemberian tersebut telahpun berlaku dan kepunyaan harta sebenarnya telah berpindah kepada penerima hibah. Yang belum berlaku hanyalah "triggering event" untuk melakukan pemindahan hak milik didalam geran yang lebih kepada pentadbiran undang undang sivil.
Perkara kedua mengenai konotasi bahawa hibah "selesaikan semua masalah". Perlu difahami bahawa setiap sesuatu itu perlu diletakkan pada tempatnya untuk ia berfungsi dengan baik.
Begitulah juga dengan hibah, ia disyariatkan untuk tujuan tertentu dan dengan syarat yang tertentu. Ia berkesan dan menjadi baik jika dilaksanakan dengan betul, kena pada tempatnya dan keadaan yang tertentu. Sekiranya tidak, seperti mana kaedah lain ia juga boleh menyebabkan tujuan tersasar dan hasrat ia dibuat tidak tercapai.
Dalam konteks hibah kepada isteri, suami perlu jelas bahawa sekiranya berlaku perceraian hidup, maka harta yang dihibahkan menjadi hak isteri setelah disahkan mahkamah. Justeru, kepada yang risau akan kemungkinan ini mungkin hibah kepada isteri bukan instrumen terbaik untuk anda(awas!! pada pandangan isteri ia sangat baik😂😂).
Mungkin kaedah yang lebih sesuai ialah hibah kepada anak dengan diletakkan syarat untuk menjaga kebajikan isteri atau meletakkan harta kedalam amanah(hanya harta tidak bercagar) yang juga boleh mencapai hasrat asal anda.
Barang diingat kaedah ini pun ada kesan yang berbeza di sudut undang undang. Dikala ia sesuai dengan anda mungkin tidak sesuai pula dengan orang lain. Kenapa? kerana setiap orang mempunyai keperluan yang unik dan mengalami keadaan keluarga yang berbeza.
Justeru, penyelesaian terbaik hanya boleh diberikan selepas perunding memahami keperluan dan keadaan setiap kes secara berasingan. Macam jumpa doktor, doktor perlu memastikan simptom dan punca sakit yang betul sebelum boleh memberi ubat yang terbaik!
Kalau tanya saya tiada jawapan "direct". Kena faham dulu situasi anda baru boleh rancang. Selepas faham baru sembang nak hibah ke, wasiat ke atau amanah.
Mohd Khairuddin
Perunding
Wasiyyah Shoppe Trustee
019 339 9278