Sedih membaca tajuk berita di Harian Metro hari ini. Seorang anggota polis mati kerana menuntut hutang!
Kerana hutang, anak beranak boleh bergaduh. Kerana hutang keluarga boleh porak peranda. Kerana hutang sahabat menjadi musuh!
Kerana itulah islam sangat memberikan penekanan berkenaan hutang. Al Quran memerintahkan hutang dicatit dan diadakan saksi supaya mengelak salah faham. Ya, ayat paling panjang didalam Al Quran adalah mengenai hutang, iaitu ayat 282 Surah Al Baqarah.
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. - Al Baqarah 2:282
Tidak cukup dengan peringatan Allah di dalam Al Quran, Nabi SAW juga memberikan nasihat dan pesanan mengenai pentingnya melunaskan hutang.
Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda;
"Jiwa seorang mukmin itu tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah hutang itu dilunaskan" - riwayat Tirmidzi
Dalam satu hadis lain yang panjang, Nabi SAW memerintahkan para sahabat yang lain untuk menyembahyangkan jenazah seorang sahabat kerana simati berhutang dan tiada meninggalkan harta. Hanya setelah seorang sahabat bernama Abu Qattadah mengaku sanggup menanggung hutang simati barulah Nabi SAW menyembahyangkan arwah.
Jadi, mengetahui beratnya beban hutang, elok kita lihat permasalahan ini dan pandangan islam mengenainya.
1. Pemiutang sudah tiada, masih perlukah bayar? YA. wajib bayar kepada waris simati.
2. Tak jumpa pemiutang, apa nak buat? Wajib berusaha dan tidak boleh putus asa mencari pemiutang atau waris.
3. Sudah kehabisan ikhtiar tetapi tetap tidak jumpa? Boleh sedekahkan nilai hutang dan niatkan untuk membayar hutang pemiutang.
4. Hutang isteri saya adakah saya sebagai suami kena bayar? Ya. Suami perlu membayar hutang isterinya kerana itu tanggungjawapnya. Kerana itulah isteri mesti mendapatkan izin suami untuk melakukan sesuatu.
5. Bolehlah saya menghalalkan hutang? Sudah tentu. Melepaskan hak keatas hutang adalah antara perkara yang disukai Allah.
6. Tak pasti nilai hutang sebenar? Bayar mengikut nilai yang diyakini. Sekiranya pemiutang memberikan nilai lebih tinggi, biar lebih membayar daripada menanggung kerugian di akhirat.
7. Sudah halalkan tetapi penghutang tetap.mahu bayar. Boleh terima. Insyaallah mendapat kebajikan.
Bagaimana pula kita boleh elak masalah bebanan hutang? Kami cadangkan.
1. Buat peracangan harta. Dokumenkan perlantikan wasi dan pemegang amanah yang dipercayai untuk membantu melunaskan hutang selepas ketiadaan kita.
2. Masukkan dan catatkan segala hutang didalam dokumen pengurusan harta yang disediakan.
3. Sertai khairat pusaka supaya pentadbir tidak terbeban untuk membayar kos dan mengurskan tuntutan pusaka.
Semoga kita semua terlepas dari bebanan hutang. Untuk maklumat lanjut hubungi kami.
https://bicarahartawarisan.wasap.my
019 339 9288

No comments:
Post a Comment