Tuesday 27 October 2020

Sudahkah anda merancang harta anda?


SUDAHKAH ANDA MERANCANG?

Pepatah Inggeris berbunyi,
"if you fail to plan, then you are planning to fail".

Dalam soal perancangan harta atau harta pusaka, kalau kita gagal merancang mungkin pepatah itu berbunyi,
"if you fail to plan, then you will fail those you leave behind"

Jadi adakah kita mahu mengecewakan isteri, anak2 dan keluarga kita?
Wajarkan kita membiarkan mereka dalam kesulitan utk menguruskan harta kita? sedangkan tanggungjawap tersebut adalah terbeban di bahu kita seperti mana kata Allah di dalam Al-Quran;

“Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma’ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa,” (al-Baqarah, 2: 180)

Sebahagian fuqaha berpendapat, kewajipan ini hilang dengan turunnya ayat 11 dan 12 Surah An-Nisa yang menjelaskan hak faraid waris. Pun begitu adalah sangat baik sekiranya kita membuat persedian dan memudahkan waris menuntut harta pusaka sesuai dengan hadis nabi;

"Setiap umat akan diuji dengan fitnah, fitnah kepada umatku adalah harta" - riwayat At-Tirmidzi

Di Malaysia, hampir 70 billion harta yang majoritinya milik umat islam dibekukan. Kenapa? Ini kerana harta pusaka tersebut tidak dapat dibahagi kepada waris yang berhak disebabkan oleh tiada kefahaman, tidak tahu proses perundangan, tiada masa, pertelingkahan antara waris, tiada wang untuk membayar kos guaman dan sebagainya.

Betapa ruginya kita sebagai umat islam dimana harta pusaka yang sebegitu besar terbeku begitu sahaja tanpa dapat memberi manfaat. Malah lebih teruk dari itu, ada diantara waris yang memerlukan dinafikan hak faraidnya hanya kerana kelalaian kita yang tidak merancang semasa hidup.

Soalnya, mahukah kita melihat perkara yang sama berlaku terhadap harta kita yang satu hari nanti akan menjadi pusaka? Gamakkah kita tinggalkan keluarga tanpa membuat apa apa perancangan yang boleh memudahkan mereka?
Atau mahukah kita merancang dan membuat persiapan semasa kita masih sihat dan kuat? Kita usahakan supaya bukan sahaja waris mendapat warisan pusaka kita dgn mudah, malah harta boleh dimanfaatkan dan kita mendapat dividen di akhirat keatas harta pusaka bermanfaat yang kita infakkan.

Penyelesaiannya ada dihadapan mata. Pun begitu kita yang perlu mengambil peluang ini dan bertindak.

Lantik Wasi, buat dokumen pengurusan dan hibah kemudian baru berserah kepada Allah.

Hubungi kami.

019 339 9278
017 235 8700

Sunday 25 October 2020

8 LANGKAH PENTING MUDAHKAN TUNTUTAN HARTA PUSAKA.


Pengurusan PUSAKA mempunyai proses dan prosedur yang jelas. Malangnya, masyarakat umumnya tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaannya.


Berikut adalah langkah langkah yang dapat membantu memudahkan proses pembahagian/penyelesaian PUSAKA, justeru memberi kemudahan kepada pasangan, anak anak dan keluarga.
nota: langkah2 dibawah tidak semestinya disusun mengikut tahap kepentingannya.

Kejayaan anda mengambil langkah langkah ini akan mempercepatkan proses mencairkan aset dan memindah milik/menurun milik harta pusaka.

1. Buat dokumen pelantikan WASI semasa masih hidup dan sihat tubuh badan. Pelantikan wasi boleh mempermudahkan urusan tuntutan pusaka dari beberapa tahun kepada beberapa bulan. Tuntutan tanpa wasi lebih rumit dan memerlukan kos yang besar sekiranya aset simati melebihi nilai RM2 juta.

2. Lantik pemegang amanah/trustee untuk waris dibawah umur. Ibu contohnya tidak semestinya pemegang amanah secara automatik untuk anak dibawah umur.

3. Buat dokumen pengisytiharan harta sepencarian untuk menguatkan tuntutan harta sepencarian. Harta sepencarian adalah hak yang perlu dituntut dan tidak diberi secara automatik. Beban disudut undang undang kepada penuntut sekiranya waris yang lain mencabar tuntutan harta sepencarian.

4. Buat wasiat 1/3 untuk harta yang ingin dinafkahkan kejalan Allah. Harta yang dimanfaatkan akan memberi dividen lumayan dari Allah insyaallah.

5. Buat klausa pembahagian harta/klausa pesanan untuk waris. Klausa ini hanyalah pesanan tak tidak sesekali mengikat dari sudut undang undang. Faraid akan berkuatkuasa sekiranya waris tidak setuju dengan pesanan. Bagaimanapun, ia boleh dijadikan asas kepada pembahagian secara kasih sayang sekiranya waris boleh bertolak ansur.

6. Pastikan harta yang boleh diletakkan penama dinamakan sekurang kurangnya seorang penama. Ini penting untuk memberikan kecairan kewangan kepada keperluan mendesak waris sebelum harta harta yang lain dapat dicairkan selepas perintah pembahagian mahkamah. Pun begitu, harus diingat wang KWSP contohnya adalah pusaka dan mesti ditadbir sebagai harta pusaka kecuali dipersetujui waris yang lain. Menidakkan hak waris lain bermakna memakan harta orang lain secara batil.

7. Maklumkan kepada waris dan keluarga berkenaan pengantara pengurusan pusaka anda. Sangat penting supaya pihak pengurusan boleh berhubung dan datang berjumpa waris untuk proses tuntutan/pembahagian pusaka.

8. Buat dokumen Hibah semasa hidup untuk menghadiahkan harta kepada waris. Harta yang dihibahkan terkeluar dari pusaka, justeru penerima hibah adalah pemilik mutlak setelah hibah disahkan mahkamah.

Jangan menyesal kemudian hari. Rancanglah harta sekarang. Tanya kami.

https://bicarahartawarisan.wasap.my
https://bicaraousaka.wasap.my

Monday 19 October 2020

Kerana Hutang Nyawa Hilang!


Sedih membaca tajuk berita di Harian Metro hari ini. Seorang anggota polis mati kerana menuntut hutang!

Kerana hutang, anak beranak boleh bergaduh. Kerana hutang keluarga boleh porak peranda. Kerana hutang sahabat menjadi musuh!

Kerana itulah islam sangat memberikan penekanan berkenaan hutang. Al Quran memerintahkan hutang dicatit dan diadakan saksi supaya mengelak salah faham. Ya, ayat paling panjang didalam Al Quran adalah mengenai hutang, iaitu ayat 282 Surah Al Baqarah.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. - Al Baqarah 2:282

Tidak cukup dengan peringatan Allah di dalam Al Quran, Nabi SAW juga memberikan nasihat dan pesanan mengenai pentingnya melunaskan hutang.

Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda;

"Jiwa seorang mukmin itu tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah hutang itu dilunaskan" - riwayat Tirmidzi

Dalam satu hadis lain yang panjang, Nabi SAW memerintahkan para sahabat yang lain untuk menyembahyangkan jenazah seorang sahabat kerana simati berhutang dan tiada meninggalkan harta. Hanya setelah seorang sahabat bernama Abu Qattadah mengaku sanggup menanggung hutang simati barulah Nabi SAW menyembahyangkan arwah.

Jadi, mengetahui beratnya beban hutang, elok kita lihat permasalahan ini dan pandangan islam mengenainya.

1. Pemiutang sudah tiada, masih perlukah bayar? YA. wajib bayar kepada waris simati.

2. Tak jumpa pemiutang, apa nak buat? Wajib berusaha dan tidak boleh putus asa mencari pemiutang atau waris.

3. Sudah kehabisan ikhtiar tetapi tetap tidak jumpa? Boleh sedekahkan nilai hutang dan niatkan untuk membayar hutang pemiutang.

4. Hutang isteri saya adakah saya sebagai suami kena bayar? Ya. Suami perlu membayar hutang isterinya kerana itu tanggungjawapnya. Kerana itulah isteri mesti mendapatkan izin suami untuk melakukan sesuatu.

5. Bolehlah saya menghalalkan hutang? Sudah tentu. Melepaskan hak keatas hutang adalah antara perkara yang disukai Allah.

6. Tak pasti nilai hutang sebenar? Bayar mengikut nilai yang diyakini. Sekiranya pemiutang memberikan nilai lebih tinggi, biar lebih membayar daripada menanggung kerugian di akhirat.

7. Sudah halalkan tetapi penghutang tetap.mahu bayar. Boleh terima. Insyaallah mendapat kebajikan.

Bagaimana pula kita boleh elak masalah bebanan hutang? Kami cadangkan.

1. Buat peracangan harta. Dokumenkan perlantikan wasi dan pemegang amanah yang dipercayai untuk membantu melunaskan hutang selepas ketiadaan kita.

2. Masukkan dan catatkan segala hutang didalam dokumen pengurusan harta yang disediakan.

3. Sertai khairat pusaka supaya pentadbir tidak terbeban untuk membayar kos dan mengurskan tuntutan pusaka.

Semoga kita semua terlepas dari bebanan hutang. Untuk maklumat lanjut hubungi kami.


https://bicarahartawarisan.wasap.my

019 339 9288






Wednesday 14 October 2020

Yang Ditinggalkan Pasti Susah TETAPI Yang Meninggal Akan Lebih Susah!


KEMATIAN, hakikat yang benar tapi manusia cuba untuk tidak mengingatinya. Justeru, ramai yang terkejut, hilang punca dan panik bila orang tersayang pergi selama lamanya.

Sebagai seorang muslim, kita diingatkan oleh Allah bahawa "setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati". Soalnya, adakah kita mengambil pelajaran dan membuat persiapan?

Dalam konteks harta pun tidak terkecuali. Islam menganjurkan kita supaya membuat persediaan. Allah berfirman;

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."- Al Kahfi 18:46

Betapa ruginya kita dan keluarga yang ditinggalkan jika kita tidak menggunakan peluang semasa sihat dan lapang untuk merancang harta. Merancang supaya keluarga yang bersedih tidak susah dan kita yang meninggal dunia juga tidak sengsara.

Kami selalu dihubungi individu dan waris yang mahu merancang, malangnya peluang merancang sudah tiada.

Mahu merancang tetapi suami sudah tiada. 

Mahu merancang tetapi ayah sudah dimentia.

Benarlah pepatah inggeris yang berbunyi "you can never touch the same water in the river twice", kerana peluangnya hanya sekali. Gagal bermakna kita sudah terlepas peluang keemasan tersebut! Malangnya ramai yang tidak perasan atau PEDULI sehinggalah bila sudah terlambat.

Jadi kepada yang membaca, kami sarankan.

1. Lantik WASI anda.

2. Jika ada anak bawah umur/istimewa lantik pemegang amanah.

3. Sertai Khairat Pusaka supaya tuntutan pusala anda mudah, cepat, teratur dan MURAH!

4. Rancang harta dengan wasiat untuk bersedekah dan beramal jariah.

5. Buat hibah jika ada hasrat memberikan harta tertentu kepada individu tertentu/waris.

6. Buat amanah untuk manfaat harta berkekalan kepada diri dan waris.

Anda buat senua diatas, yang paling untung diri anda sendiri. Waris? Waris mendapat kesan sampingan yang juga bermanfaat!

Tanya kami sekarang.

https://bicarahartawarisan.wasap.my

019 339 9278










Monday 12 October 2020

Beremosi dan marah. Soalnya apa tindakan anda ambil?


2 hari lalu seorang sahabat maya berkongsi satu post menarik. Si pencerita menceritakan pengalaman dihubungi seorang wanita berkenaan harta pusaka arwah anak lelakinya. Lebih kurang, si ibu berkata "kami hanya mengikut ketentuan agama" berkenaan bahagaian faraid ayah dan ibu. Bahasa mudah, ibu dan ayah mertua menuntut hak faraid mereka.

Tidak dinafikan tulisan beliau menarik. Tetapi apabila saya baca komen, ternyata komen komen netizen jauh lebih "menarik". Majoritinya, maaf saya hanya berkata benar, perempuan.

Mereka sukarela menjadi "pejuang" hak dan keadilan. Mereka begitu beremosi dalam melontarkan hujah. Diungkitnya soal keadilan, tanggung jawap dan hak.

Ada hujah yang betul dan pada masa yang sama banyak yang tidak tepat.

Diruang komen seorang wanita bertanya saya samada saya "sanggup melihat" dan berkata tindakan mertua menuntut hak "tak gentle".

Ringkasnya, apabila bercakap mengenai harta pusaka dan hak, kita cenderung untuk menjadi begitu defensif. Bergantung dimana kedudukan dan keadaan kita, kita cenderung untuk bermati matian mempertahankan hak dan hujah tersebut.

Dalam cerita diatas itulah yang terjadi.

Si anak meninggal dunia meninggalkan isteri, anak anak dan ibu bapa. Semua mereka adalah waris FARAID, malah bahagian ibu dan bapa adalah 1/3 daripada keseluruhan harta. Sebab itulah para "pejuang" tadi berhujah betapa buruknya sikap mertua yang mahukan bahagian faraid mereka. Lebih teruk ada yang berhujah datuk dan nenek memakan harta anak yatim.

Sebenarnya, dalam soal harta pusaka, Islam satu satunya agama yang memberi panduan paling JELAS. Hak adalah hak dan tiada siapa yang boleh menafikan hak ibu dan ayah keatas pusaka anaknya, atas apa alasan sekalipun. Menentang bermakna, berseteru dengan Al Quran!

Pada masa sama, Islam juga satu satunya agama yang memberi aturan lengkap tentang tanggungjawap terutamanya terhadap pusaka yang dipusakai dan tanggungan yang ditinggalkan. Dalam kes ini, anak anak arwah.

Hak keatas pusaka dan tanggungjawap keatas tanggungan simati adalah dua perkara BERBEZA walaupun ia berkait. Tidak boleh malah haram menafikan hak keatas pusaka dengan alasan si penerima tidak akan menunaikan tanggungjawap. Pada masa yang sama, kegagalan mendapatkan pusaka juga bukan alasan untuk lari daripada tanggungjawap.

Maksud saya, seorang menantu tidak boleh membolot pusaka arwah suaminya tanpa memberikan bahagian ibu dan ayah mertua, atas apa alasan sekalipun! Ayah mertua pula tidak boleh melepaskan tanggungjawap keatas cucunya, atas apa alasan sekalipun!
Kedua dua pihak bertanggungjawap dan tanggungjawap ini akan dibebankan keatas mereka di hadapan yang Maha Adil.

Memang benar seorang isteri yang kehilangan suami akan hilang punca dan buntu. Apatah lagi kalau dia tidak berkerja dan ada anak yang ramai, boleh gila dibuatnya. Tidak dinafikan juga dalam banyak keadaab hak mereka dinafikan dan nafkah anak anak tiada yang memberi.

Pada masa sama, jangan kita lupa ramai ibu dan ayah yang telah tua juga turut memerlukan. Semasa anak mereka masih hidup, mungkin dialah yang menanggung ibu dan ayah, dan memang tanggungjawap dia pun! Hilangnya anak, maka hilang juga saraan bulanan mereka. Siapa akan membela nasib mereka?

Jadi jangan hanya melihat dari perspektif anda(atau perspektif yang ada "favor"). Lihat juga daripada perspektif orang lain yang turut berhak. Matlamat untuk melindungi hak isteri dan anak anak itu mulia. Tapi bukan dengan menafikan hak ibu dah ayah simati. Islam mengajar kita bahawa matlamat tidak pernah menghalalkan cara, tak kira sebaik manapun matlamatnya.

Hari ini anda sebagai isteri dan ibu mungkin berkata mertua sepatutnya melepaskan hak, beri semua kepada menantu dan cucu. Jangan lupa suatu hari nanti anda akan bergelar mertua, dan ujian sama menimpa. Bagaimana kalau ketika itu ada memerlukan hak anda untuk meneruskan sisa kehidupan? Apa perasaan anda dicemuh kerana mengambil hak anda sebagai ibu simati hanya untuk menyara hidup? Ingat, putaran hidup ini ibarat roda. Mudah kita berkata kalau belum merasa.

Ini belum lagi bercerita mengenai hak anak yang sepatutnya dipegang penuh amanah dan diserah kepada mereka bila sudah dewasa habis begitu sahaja. Lebih parah dinikmati bapa tiri selepas ibu berkahwin semula. Sungguh ia tidak mudah dan "simple" seperti yang kita nampak, kerana pertimbangan kita ada had. Perkiraan Allah adalah sebaiknya.

Berbalik kepada tajuk dan soalan saya diawal tulisan. Anda nak keadilan kepada isteri. Nak hak anak yatim terpelihara dan sebagainya. Persoalannya apa tindakan yang telah anda buat?

Allah syariatkan faraid. Agama ini juga syariatkan wasiat 1/3, hibah, waqaf dan amanah sebagai salah satu cara mentadbir harta. Bezanya faraid terpakai kepada yang tidak melakukan apa apa, yang lain kepada yang mengambil pengajaran dan bertindak ketika masih bernyawa.

Soalnya! Sudahkah anda suruh suami lantik pentadbir?
Sudah suruh suami lantik anda pemegang amanah anak bawah umur?
Sudahkan minta suami hibahkan rumah didiami kepada anda demi masa depan?
Sudahkan suami berwasiat?
Sudahkan suami isytihar harta sepencarian beliau dengan anda?

Kalau jawapan kepada semua soalan diatas adalah BELUM, emosi dan marah anda tidak akan mengubah apa apa. Jangankan hak isteri dan anak anak, hak sesiapa pun belum terjamin akan diperolehi dengan mudah.

Ambil iktibar itu hanya bermakna kalau ia disusuli dengan tindakan. Bertindak sekarang!

Kongsi dengan insan tersayang. Jangan biar harta anda menjadi punca perkelahian waris. Biar jadi barakah bukan musibah.


Mohd Khairuddin
Perunding
Wasiyyah Shoppe Trustee
019 3399278


Friday 9 October 2020

Ruginya Pemegang Sijil Takaful Tak Tahu Perkara ini!

Ramai sudah ada sijil Takaful, alhamdulillah! Tapi kebanyakan hanya mengambil sijil takaful untuk kad perubatan dan jenis penamaan pilihan ialah hibah.

Adakah penamaan hibah bersyarat itu yang terbaik untuk semua keadaan? Tidak!

Disebabkan keghairahan sesetengah ejen takaful, hibah bersyarat dipromosikan seolah olah ia adalah penyelesaian terbaik dan terulung. Hakikatnya hibah bersyarat hanyalah salah satu pilihan daripada 3 jenis penamaan yang ditawarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 iaitu;

1. Wasi

2. Hibah Bersyarat

3. Absolute Assignment

Ketiga tiga jenis penamaan mempunyai ciri ciri tertentu untuk mencapai matlamat tertentu. Pemilihan jenis penamaan bergantung kepada tujuan dan niat sijil takaful tersebut diambil. Jadi jangan pakai borong semua dihibahkan! 

Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai sebuah syarikat amanah yang berlesen menawarkan Isti'man kepada pemilik sijil takaful.

Apa itu Isti'man?

Kalau anda mahu menjaga kebajikan diri sendiri dikala usia tua dan tidak berupaya, Isti'man jawapannya.

Kalau anda mahu mengelak waris salahguna tinggalan pampasan takaful anda, Isti'man ada jalannya.

Kalau anda mahu menjamin hak waris, Isti'man boleh jayakannya.

Kalau anda mahu pampasan menjadi manfaat waris bergenerasi lamanya,Isti'man bersedia.

Dan, kalau anda mahu bersedekah dan beramal selepas mati, Isti'man mampu melunaskannya.

Isti'man adalah satu dana amanah yang diwujudkan untuk membantu anda mencapai tujuan diatas.

Dana yang diperolehi dari takaful akan ditadbir oleh WSB mengikut arahan arahan yang anda berikan terlebih dahulu semasa anda hidup.

Arahan ini akan diikuti 100% dan ia akan dilunaskan sehinggalah dana itu habis digunakan megikut arahan yang anda buat melalai surat ikatan amanah.

Anda mungkin sudah meninggal dunia puluhan tahun tetapi dana amanah anda masih ditadbir seolah olah anda yang mengarahkannya!

Bagus? Sudah tentu!

Anda boleh pastikan harta yang ditinggalkan diguna sebaik mungkin untuk kebaikan waris dan juga anda disana.

Tiada salah guna. Tiada pembaziran dan tiada kesangsian!

Harta tinggalan ada pasti digunakan mengikut hasrat anda dan digunakan untuk tujuan dan orang yang anda hajati!

Nak tahu lebih lanjut mengenai Isti'man? Hubungi kami.

019 339 9278

https://bicarahartawarisan.wasap.my





Tuesday 6 October 2020

Pengurusan Harta Pusaka Lebih Mudah dengan Al Wasitah!


Pengurusan Harta Pusaka: Al Wasitah Zamrud.

Al Wasitah Zamrud adalah satu instrumen Khairat Pusaka yang menyelesaikan urusan tuntutan pusaka selepas kematian pemilik harta. Kalau Al Wasitah Delima diolah untuk menyelesaikan pusaka kecil, Al Wasitah Zamrud adalah untuk kes pusaka besar.

Secara analogi, Al Wasitah Zamrud mirip kepada khairat kematian. Khairat kematian menguruskan jenazah simati dari awal kematian sehinggalah selamat dikebumikan. Waris tak perlu risau pasal ilmu urus jenazah, kos dan keperluan lain, semuanya diuruskan profesional!

Begitulah Al Wasitah Zamrud, ia menguruskan harta simati dari awal proses pengurusan tuntutan sehinggalah perintah pembahagian dikeluarkan di Mahkamah Tinggi Sivil . Waris tak perlu risau pasal ilmu, masa dan kos! Semuanya ditanggung WSB! Khidmat guaman pun disediakan pihak WSB.

Keistimewaan Al Wasitah Zamrud

1. Penyediaan Dokumen Lantikan Wasi dan Pemegang Amanah.

2. Penyediaan Dokumen Wasiat ⅓.

3. Khidmat nasihat guaman

4. Khidmat tuntutan pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil selepas kematian pelanggan(tanpa kos kepada waris).

5. Khidmat Khutbah Pusaka di tempat waris.

6. Perlindungan Tabarru' kepada pelanggan.

7. Khairat Kematian RM1000.


Ciri ciri Al Wasitah Zamrud


1. Tuntutan untuk pusaka besar melebihi RM 2 juta.

2. Tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil.

3. Terbuka untuk pelanggan dibawah umur 60 tahun sahaja.

4. Caruman bulanan selama 15 tahun atau kematian(yang mana dahulu).

5. Harga RM115/bulan dan RM 125/bulan untuk umur dibawah 45 tahun dan dibawah 60 tahun.

Kenapa biarkan harta anda menjadi harta beku? Rancang supaya harta memberi manfaat kepada yang mati dan yang masih hidup.

Dengan Al Wasitah Zamrud, tak perlu risau urusan pusaka anda tak selesai. WSB akan selesaikan tanpa waris perlu BAYAR!

Ingat, harta adalah amanah dan kira memikul amanah dan perjanjian itu dengan Allah. Uruskan harta kita!



Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

https://bicarahartawarisan.wasap.my

019 339 9278

Sudahkah anda merancang harta anda?

SUDAHKAH ANDA MERANCANG? Pepatah Inggeris berbunyi, "if you fail to plan, then you are planning to fail". Dalam soal perancangan h...