Thursday, 10 September 2020

Masalah Tanah Felda. Adakah Penyelesaian terbaik?

Kami dihubungi seorang waris bertanyakan hak beliau sebagai anak keatas tanah felda yang ditinggalkan arwah ayah.

Selain beliau, ibu dan abang adalah waris faraid kepada ayah.

Menurut beliau, ibu dan abang dilantik sebagai pemegang amanah dan beliau turut bersetuju dan hasil dibahagi 3 antara mereka secara sama rata.

Setelah beberapa bulan urusan pusaka selesai masalah timbul. Bak pepatah melayu, rumah siap tetapi pahat masih berbunyi.

Pembahagian hasil hak beliau tidak diberi oleh ibu dan abang malah abang menyerang dan memaki hamun beliau bila beliau meminta bahagian hasil beliau.

Ini adalah antara masalah yang sering kami jumpa bila melibatkan harta pusaka felda.

Antara sebab utama masalah pusaka felda rumit untuk diselesaikan dan secara tidak langsung kadang kadang menyebabkan ada antara waris teraniaya adalah kerana sekatan yang wujud didalam Akta GSA. 

Menurut akta ini, penukaran hak milik perlu izin felda dan tanah tidak boleh dipindah kepada ramai waris. Sebaliknya, waris perlu memilih pemegang amanah diantara mereka dan hanya hasil dibahagikan mengikut pembahagian yang dipersetujui.

Masalah timbul apabila pihak yang memegang amanah mungkir dan tidak membahagikan hasil seperti yang dipersetujui. Dalam kes yang lebih serius, ada yang menyebabkan pergaduhan yang mendatangkan kecederaan kepada waris terlibat.

Pada pandangan kami, Felda dan kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian untuk masalah tanah felda. Kaedah sedia ada hanyalah sesuai sebagai langkah sementara dan solusi yang lebih komprehensif perlu dicari supaya kes kes penafian hak dan penganiayaan sesetengah waris dapat dielakkan.

Dikala kita faham sekatan didalam Akta GSAadalah perlu demi kepentingan survival operasi felda dan nilai ekonomi kepada negara, pada masa yang sama hak dan kebajikan waris kepada para peneroka perlu dipelihara dan dihormati.




No comments:

Post a Comment

Sudahkah anda merancang harta anda?

SUDAHKAH ANDA MERANCANG? Pepatah Inggeris berbunyi, "if you fail to plan, then you are planning to fail". Dalam soal perancangan h...