Ramai tanya saya, patut letak penama ke tidak? Ni untuk Tabung Haji dan KWSP lah ye. Akaun bank mana boleh letak penama.😁
Jadi sebelum pilih kita kenalah tahu apa akibat atau kesan tindakan kita tu, betul? Ambil tindakan tanpa tahu kesannya adalah tindakan yang kurang bijak malah semberono.
Kenapa saya kata demikian? Sebab setiap kaedah atau pilihan mestilah disesuaikan dengan hasrat dan keinginan asal, barulah tercapai matlamat.
Jadi ini maklumat yang perlu anda hadam sebelum pilih untuk membuat penamaan atau tidak. Mungkin penamaan sesuai untuk anda dan mungkin juga tiada penamaan lebih sesuai.
ADA PENAMA
1. Penama hanya pentadbir(bukan pemilik) tetapi beliau akan menerima duit anda.
2. Duit KWSP dan Tabung Haji tertakluk faraid dan pentadbir WAJIB agihkan kepada waris mengikut faraid.
3. Dengan penamaan tiada keperluan kepada Surat Kuasa Mentadbir atau Probate. Jadi proses pengeluaran adalah mudah dan cepat.
4. Tiada kos pemprosesan dikenakan pihak KWSP dan Tabung Haji kepada penama untuk membuat pengeluaran.
TIADA PENAMA
1. Pentadbir dilantik semasa bicara.
2. Pentadbir dilantik akan menerima wang dan WAJIB bahagikan mengikut faraid.
3. Pejabat Pesaka Kecil/Amanah Raya atau Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan surat kuasa menamakan Pentadbir. Pengeluaran tidak dapat dibuat selagi tiada pentadbir dan surat kuasa.
4. Kos pengurusan akan dikenakan bergantung kepada nilai simpanan. Kos ditolak daripada simpanan simati atau dibayar waris.
Tepuk dada tanya hati.
Kalau yakin waris amanah, boleh lantik penama. Kalau tak yakin boleh biar kosong.
Saya? Saya percaya isteri saya. Saya letak dia sebagai penama. Dia pun letak saya sebagai penama. Tujuannya, ia mudah dan cepat dan tiada kos. Insyaallah bahagian waris lain diberi kepada yang berhak!
Mohd Khairuddin
Perunding
Wasiyyah Shoppe Trustee
019 339 9278
Penulis adalah seorang Perunding Perancangan Harta yang mengkhusus kepada Harta Pusaka dan Perancangan Harta Islam di Malaysia. Penulis Adalah perunding bertauliah daripada Wasiyyah Shoppe Trustee, sebuah syarikat amanah berwibawa yang menyediakan khidmat nasihat dan penyelesaian perancangan harta terbaik kepada rakyat Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sudahkah anda merancang harta anda?
SUDAHKAH ANDA MERANCANG? Pepatah Inggeris berbunyi, "if you fail to plan, then you are planning to fail". Dalam soal perancangan h...
-
SUDAHKAH ANDA MERANCANG? Pepatah Inggeris berbunyi, "if you fail to plan, then you are planning to fail". Dalam soal perancangan h...
-
2 hari lalu seorang sahabat maya berkongsi satu post menarik. Si pencerita menceritakan pengalaman dihubungi seorang wanita berkenaan harta ...
-
Dunia maya masih berbicara tentang Abam Bocey. Tentang baik budinya, pemurahnya dan taatnya sebagai seorang anak. Semoga rahmat Allah keatas...
No comments:
Post a Comment