Sunday, 29 March 2020

LEGASI APA YANG MAHU KITA TINGGALKAN?


Ramai juga yang saya jumpa, apabila bercakap mengenai pengurusan atau perancangan harta jawap, "tahulah anak isteri saya uruskan" atau "faraidkan ada".

Bagaimana kita begitu yakin anak isteri akan uruskan bila kita sendiri semasa hidup tidak melakukan apa apa?

Bagaimana faraid akan selesaikan bila faraid hanya tentukan siapa waris dan berapa bahagiannya? Siapa akan bayar kos dan siapa akan buat urusan mahkamah kerana ia tidak berlaku automatik?

Lebih hebat ada yang balas "kalau anak isteri nak harta buatlah, kalau tidak biarlah mereka yang rugi".

Betulkah mereka yang rugi? Bolehkah mereka pula jawap "bila ayah dah tiada, ayah nak doa dan pahala sedekah jari, ayah buatlah sendiri."

Bunyi kasar tetapi cuba renungkan. Kalau kita tidak ambil peduli kenapa kita mahu anak dan keluarga peduli?

Kerana sikap begini, hari ini 70 billion harta pusaka yang majoritinya milik umat Islam masih tidak diselesaikan!

Demi Allah, kita yang akan rugi!

Tuan tuan dan puan puan, urus dan rancang harta bukan pilihan, ia KEWAJIPAN.

"Tidak berganjak kaki anak Adam sehingga ditanya tentang umurnya kemana dihabiskan, tentang ilmunya apakah yang telah dilakukan, tentang tubuh badannya untuk apa digunakan dan tentang hartanya, dari mana ia diperolehi dan kemana ia dibelanjakan" - riwayat Tirmidzi

Dan kewajipan iti terbeban keatas kita sebagai pemilik harta BUKAN kepada waris! Kita yang akan disoal dan kita juga yang akan dipertanggungjawapkan.

Berbalik kepada tajuk, legasi apa yang mahu kita tinggalkan? Bukan sahaja kepada waris tetapi kepada masyarakat dan ummah. Yang bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka tetapi pahala kepada kita selepas kematian?

Apakah kita akan diingati sebagai ayah dan suami yang tinggalkan harta yang banyak hanya untuk direbut oleh anak anak sampai bergaduh?

Adakah kita akan diingati sebagai ayah dan suami yang menjadi punca porak peranda keluarga dek kerana gagal merancang harta yang ditinggalkan?

Atau kita akan diingati sebagai ayah dan suami sejati yang bukan sahaja meninggalkan harta yang banyak untuk keluarga tetapi memastikan ia disampaikan kepada keluarga dengan mudah, tersusun dan teratur tanpa pertelingkahan. Yang menjaga warisnya sehingga selepas ketiadaannya?

Pilihan ditangan kita!

Lebih utama, apa yang mahu kita tinggalkan sebagai bekal diri sendiri? Inilah legasi yang paling utama, untuk.diri kita!

Kita tahu selepas kematian maka tiada lagi yang bermanfaat kecuali 3 perkara. Sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan.

Bukankah beruntungnya kira kalau kita rancang sebahagian harta kita diwasiatkan untuk tujuan sedekah? Untuk masjid, sekolah dan pendidikan misalnya.

Ia hanya boleh dilakukan melalui perancangan harta! Sebanyak mana pun harta yang kita tinggalkan tidak menjadi jaminan waris akan ingat kepada simati!

Kenapa mengambil risiko? Lakukan sendiri sekarang dan menjadi orang yang beruntung di akhirat.

Wasiatkan harta untuk sedekah. Untuk pendidikan, untuk hospital. Jadikah seperti Sulaiman Al Rajhi atau kalau di Malaysia seperti Ahmad Dawjee Dadaboy yang mewakafkan tanah yang menjadi waqaf Bank Islam dan Masjid di Jalan Perak.

Betapa bahagianya beliau dimana tanahnya menjadi tumpuan ribuan umat Islam berjumaat setiap minggu! Tidak lain melainkan beliau mendapat pahala diatas setiap ibadah dilakukan menggunakan harta waqafnya, sehingga kiamat!

Inilah legasi yang saya maksudkan. Bukanhanya kepada waris tetapi lebih utama kepada diri sendiri dan ummah!

Marilah kita bersama sama "cemburu" kepada Ahmad Dawjee.

Marilah sama sama meninggalkan legasi! Legasi yang memberi manfaat di dunia dan di akhirat.

Jom rancang harta!







No comments:

Post a Comment

Sudahkah anda merancang harta anda?

SUDAHKAH ANDA MERANCANG? Pepatah Inggeris berbunyi, "if you fail to plan, then you are planning to fail". Dalam soal perancangan h...