Monday, 26 August 2019

8 LANGKAH PENTING UTK MEMUDAHKAN PENGURUSAN PUSAKA/FARAID

Pengurusan PUSAKA mempunyai proses dan prosedur yang jelas. Malangnya, masyarakat umumnya tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaannya.

Berikut adalah langkah langkah yang dapat membantu memudahkan proses pembahagian/penyelesaian PUSAKA, justeru memberi kemudahan kepada pasangan, anak anak dan keluarga.
nota: langkah2 dibawah tidak semestinya disusun mengikut tahap kepentingannya.

Kejayaan anda mengambil langkah langkah ini akan mempercepatkan proses mencairkan aset dan memindah milik/menurun milik harta pusaka.

1. Buat dokumen pelantikan WASI semasa masih hidup dan sihat tubuh badan. Pelantikan wasi boleh mempermudahkan urusan tuntutan pusaka dari beberapa tahun kepada beberapa bulan. Tuntutan tanpa wasi lebih rumit dan memerlukan kos yang besar sekiranya aset simati melebihi nilai RM2 juta.

2. Lantik pemegang amanah/trustee untuk waris dibawah umur. Ibu contohnya tidak semestinya pemegang amanah secara automatik untuk anak dibawah umur.

3. Buat dokumen pengisytiharan harta sepencarian untuk menguatkan tuntutan harta sepencarian. Harta sepencarian adalah hak yang perlu dituntut dan tidak diberi secara automatik. Beban disudut undang undang kepada penuntut sekiranya waris yang lain mencabar tuntutan harta sepencarian.

4. Buat wasiat 1/3 untuk harta yang ingin dinafkahkan kejalan Allah. Harta yang dimanfaatkan akan memberi dividen lumayan dari Allah insyaallah.

5. Buat klausa pembahagian harta/klausa pesanan untuk waris. Klausa ini hanyalah pesanan tak tidak sesekali mengikat dari sudut undang undang. Faraid akan berkuatkuasa sekiranya waris tidak setuju dengan pesanan. Bagaimanapun, ia boleh dijadikan asas kepada pembahagian secara kasih sayang sekiranya waris boleh bertolak ansur.

6. Pastikan harta yang boleh diletakkan penama dinamakan sekurang kurangnya seorang penama. Ini penting untuk memberikan kecairan kewangan kepada keperluan mendesak waris sebelum harta harta yang lain dapat dicairkan selepas perintah pembahagian mahkamah. Pun begitu, harus diingat wang KWSP contohnya adalah pusaka dan mesti ditadbir sebagai harta pusaka kecuali dipersetujui waris yang lain. Menidakkan hak waris lain bermakna memakan harta orang lain secara batil.

7. Maklumkan kepada waris dan keluarga berkenaan pengantara pengurusan pusaka anda. Sangat penting supaya pihak pengurusan boleh berhubung dan datang berjumpa waris untuk proses tuntutan/pembahagian pusaka.

8. Buat dokumen Hibah semasa hidup untuk menghadiahkan harta kepada waris. Harta yabg dihibahkan terkeluar dari pusaka, justeru penerima hibah adalah pemilik mutlak setelah hibah disahkan mahkamah.

Insyaallah, dengan mengambil langkah langkah diatas, harta yang anda tinggalkan bukan memberi manfaat kepada waris, jauh lebih penting ia memberi pahala berkekalan kepada anda. Limpahan manfaat turut dapat dinikmati oleh umat islam yang lain melalui sedekah, amal jariah dan waqaf.

Anda untung, waris bahagia dan umat turut merasa.


Mohd Khairuddin
Perunding
Wasiyyah Shoppe Trustee
019 339 9278

No comments:

Post a Comment

Sudahkah anda merancang harta anda?

SUDAHKAH ANDA MERANCANG? Pepatah Inggeris berbunyi, "if you fail to plan, then you are planning to fail". Dalam soal perancangan h...