Bagaimana hibah takaful tidak mencapai hasrat anda?
Hampir semua yang mengambil sijil takaful dengan penamaan hibah menyatakan tujuan mereka membuat hibah adalah untuk bayar hutang, manfaat isteri, anak, ibubapa dan tujuan sedekah. Soalnya adakah hibah takaful menjamin hasrat mereka tercapai dan terlaksana? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.
Saya cuba kongsikan kenapa.
1. Hibah takaful adalah hak mutlak penerima.
Sebagai penerima mutlak, penerima tidak terikat secara undang undang untuk apa apa tanggungjawap! Duit itu milik penerima sepenuhnya. Sekiranya anda memang mahu memberi sebagai hadiah tanpa syarat, penamaan secara hibah memang terbaik. Tetapi sekiranya anda ingin penerima bayar hutang anda, jaga kebajikan waris seperti anak anak, mungkin hibah tidak akan mencapai hasrat anda tersebut.
2. Penerima tidak terikat baik di sudut syarak ataupun undang undang untuk mengikut kehendak simati.
Menurut IFSA 2013, penerima hibah bersyarat takaful adalah penerima sah tanpa syarat. Kenapa? Kerana hibah itu dikira BUKAN aset simati tetapi milik penerima.
Begitu juga di sudut syarak, kerana pampasan milik penerima, penerima tiada obligasi untuk membayar hutang atau menanggung belanja waris simati. Tiada tuntutan yang boleh dilakukan yang boleh memaksa penerima mengurus duit selain dari cara pilihannya.
3. Tiada hitam putih akan tanggungjawap penerima hibah
Selalunya bila buat hibah takaful, peserta cakap untuk tunjuan bayar hutang dan belanja anak anak misalnya. Tetapi ia hanyalah cakap mulut yang tidak disertakan dengan bukti dokumentasi niat dan hasrat tersebut.
Oleh kerana tiada hitam putih, undang undang akan balik kepada IFSA 2013 iaitu ia hak mutlak penerima. Maka berkecailah harapan peserta yang hasratkan pampasan digunakan untuk hutang dan belanja warisnya.
4. Tidak boleh dituntut pemiutang(debtor proof)
Kalaupun pemiutang tahu dan mahu menuntut hutang daripada penerima hibah, penerima dilindungi undang undang kerana penamaan adalah hibah.
Pun begitu sebagai muslim, kita sedar membayar hutang adalah wajib dan ia tanggungjawap kita, BUKAN waris. Jadi, siapa yang teraniaya?
5. Benificiari yang sepatutnya menikmati hibah mungkin tidak mendapat haknya.
Ada kes, hibah kepada pasangan untuk kebajikan anak anak. Selepas itu pasangan berkahwin baru. Duit yang sepatutnya digunakan untuk anak anak digunakan untuk kegembiraan pasangan pengantin baru!
Lagi teruk, selepas kahwin berlaku kematian. Maka duit menjadi pusaka dan pampasan yang sepatutnya milik anak anak menjadi milik bapa atau ibu tiri. Sapa rugi?
Jadi, apa solusi terbaik?
Sijil takaful memang bagus tetapi ia bukan penyelesaian mutlak. Untuk memastikan ia menepati hasrat peserta, sijil takaful itu MESTI disusuli dengan AMANAH(Trust) samada melalui Surat Ikatan Amanah atau pampasan terus diserahkan kepada Syarikat Amanah melalui absolute assignment dan hasrat peserta dilaksanakan mengikut arahan bertulis peserta kepada syarikat amanah.
Dengan cara ini, anda dapat menjamin hasrat anda tercapai dan tidak semata mata bergantung kepada penama dan peberima hibah takaful anda.
No comments:
Post a Comment