Sunday, 20 September 2020

Isu Faraid, adakah isteri baru dikahwini berhak?

 Isu Faraid: Ayah meninggal dunia meninggalkan isteri baru dinikahi, bagaimana pembahagian faraid?


Kami ditanya soalan berkenaan seorang anggota keselamatan yang meninggal dunia.

Meninggal dalam perkhidmatan
Berkahwin baru pada awal 2020
Ada 3 anak lelaki dan seorang perempuan dewasa
Ayah masih ada

  1. Apa hak isteri baru?
  2. Siapa dapat pencen/gratuti?
  3. Siapa berhak keatas tanah, rumah, kenderaan, saham dan simpanan arwah?
  4. Siapa paling layak mentadbir harta?

1.Isteri baru arwah berhak terhadap pusaka pada kadar ⅛ daripada harta pusaka yakni selepas ditolak kos pengkebumian, hutang, wasiat ⅓ dan hibah jika ada. Dalam peratusan, hak isteri adalah 12.5% daripada pusaka simati.

2.Pencen terbitan dibayar mengikut akta pencen dan pencen BUKAN pusaka yang tertakluk kepada faraid. Mengikut akta pencen, penerima pencen terbitan yang layak adalah isteri simati dan anak jika dibawah 21 tahun. Begitu juga bayaran ganjaran dimana ia bukan sebahagian pusaka. Penerima layak adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran manfaat kerajaan.

3.Semua waris faraid berhak keatas pusaka simati iaitu ayah simati, isteri simati dan anak anak simati pada kadar seperti berikut.

Ayah 28/168
Isteri 21/168
Anak lelaki setiap seorang 34/168
Anak perempuan 17/168

4.Pentadbir layak adalah pentadbir yang dilantik simati semasa hidup(jika ada).
Jika tiada lantikan dibuat, waris boleh mentadbir secara bersama sehingga tuntutan difailkan di pejabat pusaka kecil/mahkamah dan pelantikan wasi serta pembahagian harta dibuat.

No comments:

Post a Comment

Sudahkah anda merancang harta anda?

SUDAHKAH ANDA MERANCANG? Pepatah Inggeris berbunyi, "if you fail to plan, then you are planning to fail". Dalam soal perancangan h...