Thursday, 1 October 2020

Duit KWSP arwah ayah semua ibu ambil!


Kami ditanya seorang wanita mengenai wang KWSP arwah ayah beliau.

Menurut beliau selain ibu, dia ada 2 orang saudara lelaki, nenek(ibu ayah) pun masih ada.

Soal beliau, ibu menyatakan semua duit KWSP dan Tabung Haji adalah milik ibu kerana ibu adalah penama. Duit itu tak tertakluk kepada faraid menurut ibu beliau.

Beliau tidak pasti kebenaran dakwaan ibu dan tidak mahu bertanya lanjut kerana tidak mahu ibu salah sangka.

Sebenarnya, acapkali kami berhadapan persoalan serupa. Walaupun telah banyak kali ilmuan menjelaskan, masih ramai lagi dikalangan masyarakat yang keliru dan salah faham.

Penama bukan pemilik

Perlu difahami setiap penamaan mempunyai maksud yang berbeza di sisi undang undang dan syarak.

Spesifik untuk soalan diatas berkenaan KWSP dan Tabung Haji ditegaskan seperti berikut.

1. Penama KWSP hanyalah pentadbir dan pemegang amanah. Wang KWSP mesti diagihkan mengikut faraid. Pembahagian dengan kaedah lain hanya boleh dilakukan jika dipersetujui waris terbabit.

2. Tabung Haji pula ada penamaan dan juga hibah. Jika pemilik akaun hanya membuat penamaan biasa maka keadaannya sama seperti KWSP diatas. Namun jika pemilik akaun membuat hibah Tabung Haji, maka wang adalah milik penerima hibah BUKAN lagi tertakluk faraid. Malah, sekiranya penerima meninggal terlebih dahulu, wang itu adalah tertakluk faraid simati(penerima).

Siapa waris berhak dan bahagian menurut FARAID?

Berbalik kepada soalan asal, waris berhak adalah isteri, 2 anak lelaki dan 1 perempuan dan ibu.

Bahagian FARAID seperti berikut;

Ibu - ⅙
Isteri - ⅛
Baki - 3 anak pada kadar 2:1 diantara lelaki dan perempuan

Bahagian akhir;

Ibu - 15/120
Isteri - 20/120
Setiap Anak Lelaki - 34/120
Anak P'puan - 17/120

Jadi, pada anggapan bahawa jumlah simpanan KWSP arwah ialah RM juta, bahagian setiap waris adalah seperti berikut;

Ibu - 15/120 x RM1 juta = RM125,000
Isteri - 20/120 x RM1 juta = RM166,666.67
Setiap A L'ki - 34/120 x RM1 juta = RM283,333.33
Anak P'puan - 17/120 x RM1 juta = RM141,666.67

Jadi, inilah pembahagian yang sah disisi undang undang dan syarak. Malah untuk wang KWSP, menyantuni keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, ibu juga tidak boleh menuntut harta sepencarian daripada simpanan KWSP.

Tindakan penama membolot semua simpanan adalah salah malah berdosa disisi agama kerana mengambil hak orang lain. Wallahualam.


Fb: Pembahagian Harta Pusaka
https://www.facebook.com/bicarahartawarisan/
htpps://bicarahartawarisan.wasap.my
Youtube Channel : https://youtu.be/A7osiaR27mA
019 339 9278






















No comments:

Post a Comment

Sudahkah anda merancang harta anda?

SUDAHKAH ANDA MERANCANG? Pepatah Inggeris berbunyi, "if you fail to plan, then you are planning to fail". Dalam soal perancangan h...