Dewasa ini ramai yang telah sedar akan kepentingan takaful. Walaupun peratusan rakyat Malaysia yang memiliki perlindungan takaful telah meningkat namun ia masih jauh dari sasaran kerajaan.
Daripada soal selidik yang kami jalankan, antara sebab pelanggan menyertai takaful adalah untuk menjamin kebajikan anak anak, selesaikan hutang, elak waris bergaduh berebut pusaka dan sebagai hadiah.
Soalnya, adakah sijil takaful yang disertai akan benar benar mencapai hasrat peserta?
Sudah menjadi tren dikalangan penggiat takaful mempromosikan HIBAH sebagai cara utama penamaan sijil takaful. Malangnya, kadang kadang nasihat ini diberi tanpa betul betul memahami tujuan dan hasrat pelanggan sebaliknya secara "default" penamaan yang dipilih ialah hibah bersyarat takaful.
Tidak sedikit juga kes yang kami jumpa dimana pelanggan diyakinkan hibah takaful adalah "the solution" malah menyelesaikan isu harta pusaka. Salah maklumat dan salah informasi ini mesti dihentikan!
Sebenarnya, dengan pewartaan IFSA 2013, ada 3 jenis penamaan untuk sijil takaful;
1. Wasi - penerima hanyalah pentadbir dan pemegang amanah, pampasan perlu diagihkan mengikut faraid.
2. Hibah bersyarat - pampasan adalah milik mutlak penerima hibah tanpa terikat dengan sebarang syarat.
3. Absolute assignment - penerima adalah pemegang amanah(syarikat amanah) yang akan mentadbir pampasan mengikut arahan daripada surat ikatan amanah pelanggan.
Ketiga tiga ini jenis penamaan ini berbeza sifatnya dan sudah pasti berbeza juga implikasinya di sudut undang undang dan syarak!
Jadi sebagai pelanggan, masyarakat perlu faham isu ini dengan baik demi mengelak masalah di kemudian hari.
Kalau hasrat adalah untuk bayar hutang mungkin penamaan wasi terbaik. Kalau untuk manfaat anak vawah umur atau kurang upaya mungkin absolute assignment lebih baik. Dan kalau mahu beri kepada isteri sebagai hadiah, hibah bersyarat mungkin paling sesuai. Yang pasti, cara "one size fits all" adalah tidak tepat dah salah dalam memilih jenis penamaan sinil takaful.
Perkara terakhir yang kita mahu adalah setelah banyak wang dilabur mencarum takaful, pelanggan gagal mencapai hasrat dan tujuan sebenar ia diambil!
Lebih teruk, pampasan takaful yang sepatutnya memudahkan waris menjadi punca perseteruan keluarga.
PS: Dah tahu jenis penamaan sijil takaful anda? Apa tujuan sijil itu diambil? Sesuai tak dan boleh tercapaikah hasrat?
Tepuk dada tanya ilmu dan akal.
Pembahagian Harta Pusaka
019 339 9278

No comments:
Post a Comment