Monday, 12 October 2020

Beremosi dan marah. Soalnya apa tindakan anda ambil?


2 hari lalu seorang sahabat maya berkongsi satu post menarik. Si pencerita menceritakan pengalaman dihubungi seorang wanita berkenaan harta pusaka arwah anak lelakinya. Lebih kurang, si ibu berkata "kami hanya mengikut ketentuan agama" berkenaan bahagaian faraid ayah dan ibu. Bahasa mudah, ibu dan ayah mertua menuntut hak faraid mereka.

Tidak dinafikan tulisan beliau menarik. Tetapi apabila saya baca komen, ternyata komen komen netizen jauh lebih "menarik". Majoritinya, maaf saya hanya berkata benar, perempuan.

Mereka sukarela menjadi "pejuang" hak dan keadilan. Mereka begitu beremosi dalam melontarkan hujah. Diungkitnya soal keadilan, tanggung jawap dan hak.

Ada hujah yang betul dan pada masa yang sama banyak yang tidak tepat.

Diruang komen seorang wanita bertanya saya samada saya "sanggup melihat" dan berkata tindakan mertua menuntut hak "tak gentle".

Ringkasnya, apabila bercakap mengenai harta pusaka dan hak, kita cenderung untuk menjadi begitu defensif. Bergantung dimana kedudukan dan keadaan kita, kita cenderung untuk bermati matian mempertahankan hak dan hujah tersebut.

Dalam cerita diatas itulah yang terjadi.

Si anak meninggal dunia meninggalkan isteri, anak anak dan ibu bapa. Semua mereka adalah waris FARAID, malah bahagian ibu dan bapa adalah 1/3 daripada keseluruhan harta. Sebab itulah para "pejuang" tadi berhujah betapa buruknya sikap mertua yang mahukan bahagian faraid mereka. Lebih teruk ada yang berhujah datuk dan nenek memakan harta anak yatim.

Sebenarnya, dalam soal harta pusaka, Islam satu satunya agama yang memberi panduan paling JELAS. Hak adalah hak dan tiada siapa yang boleh menafikan hak ibu dan ayah keatas pusaka anaknya, atas apa alasan sekalipun. Menentang bermakna, berseteru dengan Al Quran!

Pada masa sama, Islam juga satu satunya agama yang memberi aturan lengkap tentang tanggungjawap terutamanya terhadap pusaka yang dipusakai dan tanggungan yang ditinggalkan. Dalam kes ini, anak anak arwah.

Hak keatas pusaka dan tanggungjawap keatas tanggungan simati adalah dua perkara BERBEZA walaupun ia berkait. Tidak boleh malah haram menafikan hak keatas pusaka dengan alasan si penerima tidak akan menunaikan tanggungjawap. Pada masa yang sama, kegagalan mendapatkan pusaka juga bukan alasan untuk lari daripada tanggungjawap.

Maksud saya, seorang menantu tidak boleh membolot pusaka arwah suaminya tanpa memberikan bahagian ibu dan ayah mertua, atas apa alasan sekalipun! Ayah mertua pula tidak boleh melepaskan tanggungjawap keatas cucunya, atas apa alasan sekalipun!
Kedua dua pihak bertanggungjawap dan tanggungjawap ini akan dibebankan keatas mereka di hadapan yang Maha Adil.

Memang benar seorang isteri yang kehilangan suami akan hilang punca dan buntu. Apatah lagi kalau dia tidak berkerja dan ada anak yang ramai, boleh gila dibuatnya. Tidak dinafikan juga dalam banyak keadaab hak mereka dinafikan dan nafkah anak anak tiada yang memberi.

Pada masa sama, jangan kita lupa ramai ibu dan ayah yang telah tua juga turut memerlukan. Semasa anak mereka masih hidup, mungkin dialah yang menanggung ibu dan ayah, dan memang tanggungjawap dia pun! Hilangnya anak, maka hilang juga saraan bulanan mereka. Siapa akan membela nasib mereka?

Jadi jangan hanya melihat dari perspektif anda(atau perspektif yang ada "favor"). Lihat juga daripada perspektif orang lain yang turut berhak. Matlamat untuk melindungi hak isteri dan anak anak itu mulia. Tapi bukan dengan menafikan hak ibu dah ayah simati. Islam mengajar kita bahawa matlamat tidak pernah menghalalkan cara, tak kira sebaik manapun matlamatnya.

Hari ini anda sebagai isteri dan ibu mungkin berkata mertua sepatutnya melepaskan hak, beri semua kepada menantu dan cucu. Jangan lupa suatu hari nanti anda akan bergelar mertua, dan ujian sama menimpa. Bagaimana kalau ketika itu ada memerlukan hak anda untuk meneruskan sisa kehidupan? Apa perasaan anda dicemuh kerana mengambil hak anda sebagai ibu simati hanya untuk menyara hidup? Ingat, putaran hidup ini ibarat roda. Mudah kita berkata kalau belum merasa.

Ini belum lagi bercerita mengenai hak anak yang sepatutnya dipegang penuh amanah dan diserah kepada mereka bila sudah dewasa habis begitu sahaja. Lebih parah dinikmati bapa tiri selepas ibu berkahwin semula. Sungguh ia tidak mudah dan "simple" seperti yang kita nampak, kerana pertimbangan kita ada had. Perkiraan Allah adalah sebaiknya.

Berbalik kepada tajuk dan soalan saya diawal tulisan. Anda nak keadilan kepada isteri. Nak hak anak yatim terpelihara dan sebagainya. Persoalannya apa tindakan yang telah anda buat?

Allah syariatkan faraid. Agama ini juga syariatkan wasiat 1/3, hibah, waqaf dan amanah sebagai salah satu cara mentadbir harta. Bezanya faraid terpakai kepada yang tidak melakukan apa apa, yang lain kepada yang mengambil pengajaran dan bertindak ketika masih bernyawa.

Soalnya! Sudahkah anda suruh suami lantik pentadbir?
Sudah suruh suami lantik anda pemegang amanah anak bawah umur?
Sudahkan minta suami hibahkan rumah didiami kepada anda demi masa depan?
Sudahkan suami berwasiat?
Sudahkan suami isytihar harta sepencarian beliau dengan anda?

Kalau jawapan kepada semua soalan diatas adalah BELUM, emosi dan marah anda tidak akan mengubah apa apa. Jangankan hak isteri dan anak anak, hak sesiapa pun belum terjamin akan diperolehi dengan mudah.

Ambil iktibar itu hanya bermakna kalau ia disusuli dengan tindakan. Bertindak sekarang!

Kongsi dengan insan tersayang. Jangan biar harta anda menjadi punca perkelahian waris. Biar jadi barakah bukan musibah.


Mohd Khairuddin
Perunding
Wasiyyah Shoppe Trustee
019 3399278


Friday, 9 October 2020

Ruginya Pemegang Sijil Takaful Tak Tahu Perkara ini!

Ramai sudah ada sijil Takaful, alhamdulillah! Tapi kebanyakan hanya mengambil sijil takaful untuk kad perubatan dan jenis penamaan pilihan ialah hibah.

Adakah penamaan hibah bersyarat itu yang terbaik untuk semua keadaan? Tidak!

Disebabkan keghairahan sesetengah ejen takaful, hibah bersyarat dipromosikan seolah olah ia adalah penyelesaian terbaik dan terulung. Hakikatnya hibah bersyarat hanyalah salah satu pilihan daripada 3 jenis penamaan yang ditawarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 iaitu;

1. Wasi

2. Hibah Bersyarat

3. Absolute Assignment

Ketiga tiga jenis penamaan mempunyai ciri ciri tertentu untuk mencapai matlamat tertentu. Pemilihan jenis penamaan bergantung kepada tujuan dan niat sijil takaful tersebut diambil. Jadi jangan pakai borong semua dihibahkan! 

Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai sebuah syarikat amanah yang berlesen menawarkan Isti'man kepada pemilik sijil takaful.

Apa itu Isti'man?

Kalau anda mahu menjaga kebajikan diri sendiri dikala usia tua dan tidak berupaya, Isti'man jawapannya.

Kalau anda mahu mengelak waris salahguna tinggalan pampasan takaful anda, Isti'man ada jalannya.

Kalau anda mahu menjamin hak waris, Isti'man boleh jayakannya.

Kalau anda mahu pampasan menjadi manfaat waris bergenerasi lamanya,Isti'man bersedia.

Dan, kalau anda mahu bersedekah dan beramal selepas mati, Isti'man mampu melunaskannya.

Isti'man adalah satu dana amanah yang diwujudkan untuk membantu anda mencapai tujuan diatas.

Dana yang diperolehi dari takaful akan ditadbir oleh WSB mengikut arahan arahan yang anda berikan terlebih dahulu semasa anda hidup.

Arahan ini akan diikuti 100% dan ia akan dilunaskan sehinggalah dana itu habis digunakan megikut arahan yang anda buat melalai surat ikatan amanah.

Anda mungkin sudah meninggal dunia puluhan tahun tetapi dana amanah anda masih ditadbir seolah olah anda yang mengarahkannya!

Bagus? Sudah tentu!

Anda boleh pastikan harta yang ditinggalkan diguna sebaik mungkin untuk kebaikan waris dan juga anda disana.

Tiada salah guna. Tiada pembaziran dan tiada kesangsian!

Harta tinggalan ada pasti digunakan mengikut hasrat anda dan digunakan untuk tujuan dan orang yang anda hajati!

Nak tahu lebih lanjut mengenai Isti'man? Hubungi kami.

019 339 9278

https://bicarahartawarisan.wasap.my





Tuesday, 6 October 2020

Pengurusan Harta Pusaka Lebih Mudah dengan Al Wasitah!


Pengurusan Harta Pusaka: Al Wasitah Zamrud.

Al Wasitah Zamrud adalah satu instrumen Khairat Pusaka yang menyelesaikan urusan tuntutan pusaka selepas kematian pemilik harta. Kalau Al Wasitah Delima diolah untuk menyelesaikan pusaka kecil, Al Wasitah Zamrud adalah untuk kes pusaka besar.

Secara analogi, Al Wasitah Zamrud mirip kepada khairat kematian. Khairat kematian menguruskan jenazah simati dari awal kematian sehinggalah selamat dikebumikan. Waris tak perlu risau pasal ilmu urus jenazah, kos dan keperluan lain, semuanya diuruskan profesional!

Begitulah Al Wasitah Zamrud, ia menguruskan harta simati dari awal proses pengurusan tuntutan sehinggalah perintah pembahagian dikeluarkan di Mahkamah Tinggi Sivil . Waris tak perlu risau pasal ilmu, masa dan kos! Semuanya ditanggung WSB! Khidmat guaman pun disediakan pihak WSB.

Keistimewaan Al Wasitah Zamrud

1. Penyediaan Dokumen Lantikan Wasi dan Pemegang Amanah.

2. Penyediaan Dokumen Wasiat ⅓.

3. Khidmat nasihat guaman

4. Khidmat tuntutan pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil selepas kematian pelanggan(tanpa kos kepada waris).

5. Khidmat Khutbah Pusaka di tempat waris.

6. Perlindungan Tabarru' kepada pelanggan.

7. Khairat Kematian RM1000.


Ciri ciri Al Wasitah Zamrud


1. Tuntutan untuk pusaka besar melebihi RM 2 juta.

2. Tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil.

3. Terbuka untuk pelanggan dibawah umur 60 tahun sahaja.

4. Caruman bulanan selama 15 tahun atau kematian(yang mana dahulu).

5. Harga RM115/bulan dan RM 125/bulan untuk umur dibawah 45 tahun dan dibawah 60 tahun.

Kenapa biarkan harta anda menjadi harta beku? Rancang supaya harta memberi manfaat kepada yang mati dan yang masih hidup.

Dengan Al Wasitah Zamrud, tak perlu risau urusan pusaka anda tak selesai. WSB akan selesaikan tanpa waris perlu BAYAR!

Ingat, harta adalah amanah dan kira memikul amanah dan perjanjian itu dengan Allah. Uruskan harta kita!



Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

https://bicarahartawarisan.wasap.my

019 339 9278

Sunday, 4 October 2020

Adakah simpanan Tabung Haji benar benar memberi manfaat kepada pendeposit?


Tabung Haji! Siapa rakyat Malaysia yang beragama Islam pasti sangat mengenali institusi ini.

Hasil buah fikiran Engku Aziz ini telah membolehkan ratusan ribu kalau tak jutaan umat Islam Malaysia menunaikan haji.

Hari ini, puluhan tahun selepas penubuhannya, Tabung Haji bukan sekadar institusi menabung untuk menunaikan haji, malah dengan simpanan dijamin kerajaan dan dividen(hibah) yang baik ia juga menjadi instrumen simpanan dan pelaburan umat islam yang selamat, menguntungkan dan patuh syariah.

Nilai deposit semasa Tabung Haji adalah 75 billion! Dana ini telah melimpahkan manfaat untuk ummah dalam pelbagai bidang ekonomi dan bukan sekadar untuk buat haji!

Soalnya, adakah pendeposit Tabung Haji benar benar faham tentang simpanan mereka dan merancang dengan cara paling optimum? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Disini ada beberapa aspek yang kami ingin kongsikan bersabit simpanan Tabung Haji.

1 Simpanan Tabung Haji adalah harta pusaka

Setelah kematian pendeposit, simpanan simati adalah menjadi harta pusaka beliau dan tertakluk kepada hukum faraid.

2 Penama Tabung Haji HANYALAH pentadbir

Walaupun simpanan diserahkan kepada penama selepas kematian pendeposit, ia bukan milik mutlak penama. Penama hanyalah pemegang amanah dan wang tersebut mestilah dibahagikan kepada semua waris berhak. Menafikan hak waris hanya kerana dia bukan penama adalah salah dan berdosa!

3 Simpanan Tabung Haji boleh dihibahkan

Ramai tahu mengenai penamaan namun tidak ramai tahu pendeposit boleh menghibahkan simpanan Tabung Haji mereka. Tabung Haji sendiri menyediakan khidmat ini pada kos tertentu dan syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe juga menawarkan perkhidmatan sama. Bezanya, hibah dengan Tabung Haji adalah hibah mutlak manakala dengan Wasiyyah Shoppe adalah hibah ruqba.

4 Simpanan bukan sekadar untuk waris

Selepas kematian, sekiranya tiada apa apa perancangan dibuat pendeposit, maka simpanan diagikan kepada waris mengikut faraid. Kalau waris ingatkan simati, adalah pahala dari harta yang diwariskan tetapi kalau tidak RUGI!

Sebenarnya, pendeposit boleh merancang supaya simpanan yang ditinggalkan digunakan mungkin sebahagiannya untuk tujuan sedekah jariah pendeposit. Ini boleh dilakukan dengan instrumen amanah. Dana amanah pendeposit boleh digunakan untuk masjid, pendidkan, bantuan kesihatan dan sebagainya!

Menarik bukan? Simpanan yang kita simoan akhirnya memberi manfaat pahala.kepada kita di alam akhirat.

Bagaimana ia boleh dilakukan? Dengan merancang semasa hidup melalui amanah.

Hubungi kami.

Pembahagian Harta Pusaka
019 339 9278


Thursday, 1 October 2020

Duit KWSP arwah ayah semua ibu ambil!


Kami ditanya seorang wanita mengenai wang KWSP arwah ayah beliau.

Menurut beliau selain ibu, dia ada 2 orang saudara lelaki, nenek(ibu ayah) pun masih ada.

Soal beliau, ibu menyatakan semua duit KWSP dan Tabung Haji adalah milik ibu kerana ibu adalah penama. Duit itu tak tertakluk kepada faraid menurut ibu beliau.

Beliau tidak pasti kebenaran dakwaan ibu dan tidak mahu bertanya lanjut kerana tidak mahu ibu salah sangka.

Sebenarnya, acapkali kami berhadapan persoalan serupa. Walaupun telah banyak kali ilmuan menjelaskan, masih ramai lagi dikalangan masyarakat yang keliru dan salah faham.

Penama bukan pemilik

Perlu difahami setiap penamaan mempunyai maksud yang berbeza di sisi undang undang dan syarak.

Spesifik untuk soalan diatas berkenaan KWSP dan Tabung Haji ditegaskan seperti berikut.

1. Penama KWSP hanyalah pentadbir dan pemegang amanah. Wang KWSP mesti diagihkan mengikut faraid. Pembahagian dengan kaedah lain hanya boleh dilakukan jika dipersetujui waris terbabit.

2. Tabung Haji pula ada penamaan dan juga hibah. Jika pemilik akaun hanya membuat penamaan biasa maka keadaannya sama seperti KWSP diatas. Namun jika pemilik akaun membuat hibah Tabung Haji, maka wang adalah milik penerima hibah BUKAN lagi tertakluk faraid. Malah, sekiranya penerima meninggal terlebih dahulu, wang itu adalah tertakluk faraid simati(penerima).

Siapa waris berhak dan bahagian menurut FARAID?

Berbalik kepada soalan asal, waris berhak adalah isteri, 2 anak lelaki dan 1 perempuan dan ibu.

Bahagian FARAID seperti berikut;

Ibu - ⅙
Isteri - ⅛
Baki - 3 anak pada kadar 2:1 diantara lelaki dan perempuan

Bahagian akhir;

Ibu - 15/120
Isteri - 20/120
Setiap Anak Lelaki - 34/120
Anak P'puan - 17/120

Jadi, pada anggapan bahawa jumlah simpanan KWSP arwah ialah RM juta, bahagian setiap waris adalah seperti berikut;

Ibu - 15/120 x RM1 juta = RM125,000
Isteri - 20/120 x RM1 juta = RM166,666.67
Setiap A L'ki - 34/120 x RM1 juta = RM283,333.33
Anak P'puan - 17/120 x RM1 juta = RM141,666.67

Jadi, inilah pembahagian yang sah disisi undang undang dan syarak. Malah untuk wang KWSP, menyantuni keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, ibu juga tidak boleh menuntut harta sepencarian daripada simpanan KWSP.

Tindakan penama membolot semua simpanan adalah salah malah berdosa disisi agama kerana mengambil hak orang lain. Wallahualam.


Fb: Pembahagian Harta Pusaka
https://www.facebook.com/bicarahartawarisan/
htpps://bicarahartawarisan.wasap.my
Youtube Channel : https://youtu.be/A7osiaR27mA
019 339 9278






















Jenis Penamaan Takaful.Yang mana lebih baik?


Dewasa ini ramai yang telah sedar akan kepentingan takaful. Walaupun peratusan rakyat Malaysia yang memiliki perlindungan takaful telah meningkat namun ia masih jauh dari sasaran kerajaan.

Daripada soal selidik yang kami jalankan, antara sebab pelanggan menyertai takaful adalah untuk menjamin kebajikan anak anak, selesaikan hutang, elak waris bergaduh berebut pusaka dan sebagai hadiah.

Soalnya, adakah sijil takaful yang disertai akan benar benar mencapai hasrat peserta?

Sudah menjadi tren dikalangan penggiat takaful mempromosikan HIBAH sebagai cara utama penamaan sijil takaful. Malangnya, kadang kadang nasihat ini diberi tanpa betul betul memahami tujuan dan hasrat pelanggan sebaliknya secara "default" penamaan yang dipilih ialah hibah bersyarat takaful. 

Tidak sedikit juga kes yang kami jumpa dimana pelanggan diyakinkan hibah takaful adalah "the solution" malah menyelesaikan isu harta pusaka. Salah maklumat dan salah informasi ini mesti dihentikan!

Sebenarnya, dengan pewartaan IFSA 2013, ada 3 jenis penamaan untuk sijil takaful;

1. Wasi - penerima hanyalah pentadbir dan pemegang amanah, pampasan perlu diagihkan mengikut faraid.

2. Hibah bersyarat - pampasan adalah milik mutlak penerima hibah tanpa terikat dengan sebarang syarat.

3. Absolute assignment - penerima adalah pemegang amanah(syarikat amanah) yang akan mentadbir pampasan mengikut arahan daripada surat ikatan amanah pelanggan.

Ketiga tiga ini jenis penamaan ini berbeza sifatnya dan sudah pasti berbeza juga implikasinya di sudut undang undang dan syarak!

Jadi sebagai pelanggan, masyarakat perlu faham isu ini dengan baik demi mengelak masalah di kemudian hari.

Kalau hasrat adalah untuk bayar hutang mungkin penamaan wasi terbaik. Kalau untuk manfaat anak vawah umur atau kurang upaya mungkin absolute assignment lebih baik. Dan kalau mahu beri kepada isteri sebagai hadiah, hibah bersyarat mungkin paling sesuai. Yang pasti, cara "one size fits all" adalah tidak tepat dah salah dalam memilih jenis penamaan sinil takaful.

Perkara terakhir yang kita mahu adalah setelah banyak wang dilabur mencarum takaful, pelanggan gagal mencapai hasrat dan tujuan sebenar ia diambil!

Lebih teruk, pampasan takaful yang sepatutnya memudahkan waris menjadi punca perseteruan keluarga.

PS: Dah tahu jenis penamaan sijil takaful anda? Apa tujuan sijil itu diambil? Sesuai tak dan boleh tercapaikah hasrat?

Tepuk dada tanya ilmu dan akal.


Pembahagian Harta Pusaka

019 339 9278


Sunday, 27 September 2020

Ruginya tidak bersedekah semasa hidup. Bertambah rugi tidak bersedekah selepas mati.


Hidup ini adalah fasa paling singkat dalam perjalanan seorang insan. Masih jauh lagi perjalanan seorang hamba Allah.

Ketika kita ada urusan diluar dan perlu tinggalkan anak isteri, kita sediakan semua keperluan supaya mencukupi.

Bila kita hendak bercuti, kita pastikan semua keperluan kita dibawa bersama, kita rancang dengan teliti.

Pendek kata, kita rancang dan cuba buat yang terbaik! Nak sekolah di mana, nak masuk universiti mana, nak kerja apa dan sebagainya.

Kalau hal dunia yang hanyalah persinggahan sementara diatur dan dirancang dengan baik, masuk akalkah kita tidak membuat apa apa persediaan untuk baki perjalanan yang jauh lebih panjang dan penting, perjalanan selepas MATI!

Tak masuk akal TETAPI itulah yang dibuat majoriti kita! Dalam urusan harta pun begitu,  kita lalai dan kita lupa. 

 " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". - Al Munafiquun 63:10

Dalam ayat diatas, Allah SWT menyatakan bahawa manusia akan memohon dengan penuh pengesalan untuk diberikan sedikit masa untuk kembali kedunia untuk BERSEDEKAH supaya dia dapat menjadi orang orang yang soleh.

Kenapa manusia mahu sedekah? Kenapa tidak mahu solat, haji dan lainnya?

Jawapannya ada di ayat dibawah;

 "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." - Al Baqarah 2:261-262

Allah menggambarkan pahala berlipat kali ganda daripada sedekah yang ikhlas dan mereka tidak perlu risau akan janji balasan baik daripada Allah.

Maka, tidak ada keraguan lagi keistimewaan bersedekah. Ramai yang mengambil peluang bersedekah semasa hidup. Bagus! mereka orang orang yang beruntung.

Tetapi bolehkah kita meneruskan sedekah selepas mati? Bagaimana? Nabi SAW bersabda;

Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. - riwayat Muslim

Soalnya, bagaimana mungkin untuk kita terus bersedekah selepas kematian?

Caranya ialah melalui amanah, waqaf dan wasiat ⅓. Hanya dengan cara ini sahajalah kita mampu untuk terus menggunakan harta kejalan Allah.

Kuncinya adalah MEMBUAT PERANCANGAN SEMASA HIDUP! Kenapa? 

Kerana, tanpa perancangan melalui waqaf, amanah dan wasiat ⅓, harta pusaka hanya akan diserahkan kepada waris mengikut faraid setelah ditunaikan kewajipan lain seperti hutang dan sebagainya.

Maka, nasib kita terserah kepada waris dan keluarga yang kalau mereka orang soleh dan ingat kepada kita, mereka membuat amal soleh dan sedekahkan pahala kepada kita. Kalau mereka lupakan kita, maka nauzubillahiminzaalik, tergolonglah kita dikalangan orang orang yang rugi yang digambarkan Allah di dalam Surah Al Munafiquun diatas.

Justeru itu, Tuan dan Puan, saya mengingatkan diri saya dan menyeru Tuan dan Puan untuk merancang harta SEKARANG!

JANGAN BERTANGGUH kerana sesungguhnya kira tidak tahu bila kita akan mati.

Persediaan dan perancangan harta terbaik adalah sekarang  semasa kita masih hidup dan masih sihat.

Buatlah perancangan sebelum terlambat. BANTU kami untuk BANTU ANDA!

019 339 9278

https://bicarahartawarisan.wasap.my




Sudahkah anda merancang harta anda?

SUDAHKAH ANDA MERANCANG? Pepatah Inggeris berbunyi, "if you fail to plan, then you are planning to fail". Dalam soal perancangan h...