Monday, 26 August 2019

8 LANGKAH PENTING UTK MEMUDAHKAN PENGURUSAN PUSAKA/FARAID

Pengurusan PUSAKA mempunyai proses dan prosedur yang jelas. Malangnya, masyarakat umumnya tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaannya.

Berikut adalah langkah langkah yang dapat membantu memudahkan proses pembahagian/penyelesaian PUSAKA, justeru memberi kemudahan kepada pasangan, anak anak dan keluarga.
nota: langkah2 dibawah tidak semestinya disusun mengikut tahap kepentingannya.

Kejayaan anda mengambil langkah langkah ini akan mempercepatkan proses mencairkan aset dan memindah milik/menurun milik harta pusaka.

1. Buat dokumen pelantikan WASI semasa masih hidup dan sihat tubuh badan. Pelantikan wasi boleh mempermudahkan urusan tuntutan pusaka dari beberapa tahun kepada beberapa bulan. Tuntutan tanpa wasi lebih rumit dan memerlukan kos yang besar sekiranya aset simati melebihi nilai RM2 juta.

2. Lantik pemegang amanah/trustee untuk waris dibawah umur. Ibu contohnya tidak semestinya pemegang amanah secara automatik untuk anak dibawah umur.

3. Buat dokumen pengisytiharan harta sepencarian untuk menguatkan tuntutan harta sepencarian. Harta sepencarian adalah hak yang perlu dituntut dan tidak diberi secara automatik. Beban disudut undang undang kepada penuntut sekiranya waris yang lain mencabar tuntutan harta sepencarian.

4. Buat wasiat 1/3 untuk harta yang ingin dinafkahkan kejalan Allah. Harta yang dimanfaatkan akan memberi dividen lumayan dari Allah insyaallah.

5. Buat klausa pembahagian harta/klausa pesanan untuk waris. Klausa ini hanyalah pesanan tak tidak sesekali mengikat dari sudut undang undang. Faraid akan berkuatkuasa sekiranya waris tidak setuju dengan pesanan. Bagaimanapun, ia boleh dijadikan asas kepada pembahagian secara kasih sayang sekiranya waris boleh bertolak ansur.

6. Pastikan harta yang boleh diletakkan penama dinamakan sekurang kurangnya seorang penama. Ini penting untuk memberikan kecairan kewangan kepada keperluan mendesak waris sebelum harta harta yang lain dapat dicairkan selepas perintah pembahagian mahkamah. Pun begitu, harus diingat wang KWSP contohnya adalah pusaka dan mesti ditadbir sebagai harta pusaka kecuali dipersetujui waris yang lain. Menidakkan hak waris lain bermakna memakan harta orang lain secara batil.

7. Maklumkan kepada waris dan keluarga berkenaan pengantara pengurusan pusaka anda. Sangat penting supaya pihak pengurusan boleh berhubung dan datang berjumpa waris untuk proses tuntutan/pembahagian pusaka.

8. Buat dokumen Hibah semasa hidup untuk menghadiahkan harta kepada waris. Harta yabg dihibahkan terkeluar dari pusaka, justeru penerima hibah adalah pemilik mutlak setelah hibah disahkan mahkamah.

Insyaallah, dengan mengambil langkah langkah diatas, harta yang anda tinggalkan bukan memberi manfaat kepada waris, jauh lebih penting ia memberi pahala berkekalan kepada anda. Limpahan manfaat turut dapat dinikmati oleh umat islam yang lain melalui sedekah, amal jariah dan waqaf.

Anda untung, waris bahagia dan umat turut merasa.


Mohd Khairuddin
Perunding
Wasiyyah Shoppe Trustee
019 339 9278

Friday, 23 August 2019

BERMULA DENGAN PENGAKHIRAN DI HATI

"Start with end in mind." Begitulah bunyi satu pepatah Inggeris. Nasihat itu disusuli dengan pepatah melayu "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".

Walaupun sudah beratus tahun pepatah diatas wujud di alam melayu, masih ramai orang kita tidak ambil peduli. Buktinya? Paling ramai penagih dadah, melayu. Paling ramai bercerai, melayu. Paling ramai miskin pun melayu.

Di dalam konteks pengurusan pusaka pun begitu. Daripada 70 billion harta terbeku yang ditadbir oleh amanah raya, majoritnya milik orang melayu.

Yang disalahkan bila timbul masalah? Kerajaan, undang undang menyusahkan, faraid tidak adil, orang tak bantu, zalim dan sebagainya. Pastinya bukan kita yang salah!

Soalan saya, Apakah persediaan yang telah kita buat dalam urusan harta dan pusaka kita? Setelah kita disuruh Al Quran merancang harta kita, setelah kita dipesan oleh junjungan Rasulullah SAW untuk membuat persediaan, apa yang telah kita buat? Tindakan apa yang telah kita ambil?
Kalau belum, berhentilah dari menunding jari kepada orang lain!

Seorang balu bertanya saya, "En. Khairuddin, suami saya sudah meninggal dunia dan sekarang saya tengah uruskan pusaka beliau. Kenapa bahagian saya hanya 1/4, selebihnya kepada adik beradiknya. Tidak adillah macam tu, harta cari bersama bukan duit adik adiknya!"

Bila ditanya, mereka tiada anak. Waris yang tingal hanyalah isteri, dua orang adik lelaki dan seorang perempuan. Jawap saya"ikut fariad, begitulah pembahagiannya. Dan faraid itu adil kerana mereka menerima dengan tanggungjawab, bukan harta semata".

Dia menjawab, " takde cara lainkah untuk saya dapat hak saya, takkan sampai begitu kecil bahagian saya". Ada, puan boleh tuntut harta sepencarian tetapi mahkamah akan tentukan berapakah nilai yang wajar. Selain itu? Tanya beliau. Selain itu tiada."

"Rumah, KWSP dan tanah pun kena bahagi ikut pecahan tu ke En?. Ya, semua aset dibahagi begitu".

Dalam kes diatas, hukum faraid jelas iaitu untuk seorang yng tiada anak, bahagian isteri adalah suku ie 1/4(5/20 bahagian akhir) sahaja. Selebihnya bahagian setiap adik lelaki 6/20 dan bahagian adik perempuan 3/20. Ini bermakna, si isteri hanya mendapat 25% daripada keseluruhan harta arwah suami. Ditambah dengan harta sepencarian, mungkin bahagian akhir isteri adalah 50%, setelah pertimbangan mahkamah syariah.

Sudah pasti si isteri kurang gembira dengan jawapan saya tapi itulah hakikatnya. Dan masalah beliau tidak berhenti disitu, nama ipar akan diturunkan kedalam geran(sekiranya tiada hutang lagi) tanah dan rumah. Jadilah mereka pemilik bersama keatas harta tersebut.

Maksudnya, sekiranya isteri terus tinggal disitu kerelaan ipar mesti diperolehi. Sekiranya tanah memberi hasil, hasilnya mesti dikongsi. Sekiranya hendak jual, kebenaran ipar sudah semestinya diperolehi.

Apakah perbezaan yang boleh dibuat melalui perancangan?

Sekiranya persediaan dan rancangan harta dibuat. Pasangan ini boleh melakukan beberapa tindakan untuk memjamin hak isteri dan pada masa sama berlaku adil kepada waris yang lain.

1. Buat khairat pusaka dengan melantik organisasi berpengalama untuk menguruskan tuntutan pusaka bagi pihak waris. Wasiyyah Shoppe Trustee menawarkan perkhidmatan urusan tuntutan pusaka serendah RM50/sebulan! Dengan menjadi ahli, waris mendapat perkhimatan secara percuma, maka tiadalah beban kewangan untuk membuat urusan tuntutan.

2. Untuk menjaga hak isteri, suami boleh membuat dokumen pengisytiharan harta sepencarian dimana suami berikrar dengan jelas berapakah peratusan harta sepencarian beliau dengan isteri. Ini akan menjad hujah yang kuat semasa perbicaraan du mahkamah syariah. Wasiyyah Shoppe Berhad boleh memnuat dokumen ini dengan kos yang sangat berpatutan.

3. Mengetahui mereka tiada anak, suami boleh menghibahkan aset tertentu kepada isteri untuk menjaga hak isteri contohnya rumah yang di diami. Dengan itu tidakkah si isteri berkongsi rumahnya dengan ipar ipar. Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai pelbagai produk hibah yang sesuai untuk keperluan anda!

3. Membuat penamaan KWSP, Tabung Haji dan Unit Amanah supaya pengurusan lebih mudah dan memberi kecairan segera kepada isteri. Tiada kos! Buat sahaja. Kalau nak lebih terjamin, buat hibah Tabung Haji dan unit amanah supaya isteri mendapat hak mutlak.

4. Mengambil pelan takaful dengan penamaan hibah bersyarat. Pampasan hibah bersyarat adalah hak mutlak penerima dan bukan harta pusaka. Walaupun bahagian faraid isteri kurang, dengan pampasan yang memadai, insyaallah isteri boleh menerima dengan terbuka dan menjaga hubungan silaturahim dengan ipar kekal baik. Pelbagai pelan menarik ada yang sesuai dengan keperluan anda.

5. Untuk manfaat diri sendiri, buat wasiat 1/3 untuk tujuan sedekah dan amal jariah. Sesungguhnya sedekah dan amal jariah yang bermanfaat adalah ibadah selepas kematian.

Dengan perancangan perancangan ini insyaallah pengurusan pusaka menjadi lebih mudah. Insyaallah persengkataan dengan ipar ipar dapat dielakkan. Syaratnya? Ia mestilah dilakukan semasa suami masih hidup!

Jadi jangan tunggu, buat segera. Jangan menyesal di kemudian hari. Ambil tindakan sekarang.

Hubungi saya, saya bantu anda.
Bermulalah dengan pengakhiran di fikiran.




#rancangkeranasayang
#hibahbersyarattakaful

Mohd Khairuddin M Daud
Perunding Harta
Wasiyyah Shoppe Trustee
019-3399278

AMBILLAH...SAYA TAK NAK HARTA MAK AYAH..

Tak lama dulu, inilah yang diucap seorang client kepada saya. Menurut beliau, dia mampu mencari sendiri harta dan tak perlukan harta pusaka ayah dan ibu.

Saya jawap "saya setuju bang, saya pun rasa abang tak perlukan harta pusaka ibubapa, tapi bukan itu sahaja pertimbangannya bang".
"Apa lagi?" katanya.

Lumrahnya begitu, kita selalu melihat daripada kaca mata sahaja. Acap kali kita agak pentingkan diri, saya termasuk. 

Sebenarnya, walaupun kita tidak mahu harta pusaka sebagai waris kita bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Kenapa?

Pertama, kita bertanggungjawab kepada simati yang mungkin ayah atau ibu atau adik beradik kita. Menyelesaikan pusaka itu dituntut disegerakan bahkan melewatkannya merugikan simati. Betapa rugi simati harta yang ditinggalkan tidak memberi manfaat kepadanya kerana tiada yang peduli. Sedangkan jika waris mewakafkannya, sedekahkannnya dapatlah pahala kepada simati sekiranya diniatkan sedekah pahala tersebut kepada beliau.

Kedua, kita mungkin senang dan alhamdulillah cukup dengan rezeki daripada Allah. Tapi kekadang anda diantara waris yang susah. Kalau kita perhatikan, Allah tidak memberi semua senang atau semua susah dalam satu keluarga. Ada yang senang, dan yang susah. Sudah pasti, kepada yang senang bukan semua miliknya, ada sebahagian milik saudara yang susah kalau dia sedar.

Saya lihat situasi ini di dalam keluarga terdekat. Kerana yang senang tidak peduli dan tidak memberikan kerjasama, yang susah tadi tidak dapat menikmati haknya terhadap pusaka. Yelah, nak uruskan bukan percuma! Jadi bertahun tahunlah dia menunggu tanpa hak terbela. Awas! Ini juga boleh menyebabkan kita berlaku zalim tanpa sedar.

Apa iktibarnya? Cadangan saya, tanpa mengira kita kaya atau tak perlukan pusaka, kita wajib segerakan penyelesaiannya. Kalau kita perlu, kita dapat hak kita. Kalau kita tak perlu, kita telah beri hak waris yang lain.

Client saya tu, alhamdulillah. Selepas mendengar penjelasan saya, beliau pun setuju dan rancang hartanya dengan Wasiyyah Shoppe. Anda pula?

Rancanglah pusaka anda! Mudahkan waris dan insyaallah kita mendapat pahala.

#rancangkeranasayang
#hibahhartabercagar


Mohd Khairuddin M Daud
Perunding
Wasiyyah Shoppe Trustee

019-3399278





Tuesday, 20 August 2019

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HARTA PUSAKA BERSIH?

Bila seseorang meninggal dunia, maka waris akan mula bercakap mengenai pusaka. Rumah, kenderaan, tanah dan simpanan mesti dibahagikan dikalangan waris yang berhak. Tetapi tahukah kita, apakah yang dikategorikan sebagai harta pusaka bersih yang perlu/wajib dibahagikan mengikut faraid?

Sebenarnya, sebelum dibahagikan, beberapa langkah WAJIB diambil. Pertama, sahkan pemilikan dan ketuanpunyaan harta simati. Maksudnya, harta yang ditinggalkan mestilah disahkan milik simati secara hakiki. Mesti diasingkan harta yang dibeli/diatas nama simati tetapi sebenarnya dimiliki orang lain(guna nama), harta yang dipinjamkan kepada simati dan harta yang dipegang secara amanah oleh simati atau harta yang telah diwaqafkan simati semasa hidup.

Kedua, asingkan harta yang dihibahkan simati. Sekiranya ada aset yang telah dihibahkan simati semasa hidup, harta tersebut setelah disahkan bukan lagi termasuk didalam pusaka simati. Sebaliknya ia adalah milik penerima hibah harta tersebut secara mutlak. Sekiranya penerima hibah itu waris, hibah tersebut tidak sesekali mengurangkan bahagian faraid beliau terhadap pusaka bersih simati.

Ketiga, asingkan harta yang diwasiatkan simati. Tertakluk kepada maksima 1/3 harta milik simati, wasiat kepada bukan waris adalah sah dan mengikat disudut syarak dan undang undang. Harta yang diwasiatkan turut terkeluar daripada pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris.

Keempat, harta sepencarian. Sekiranya pasangan menuntut harta sepencarian maka mahkamah akan mengesahkan bahagian yang layak sebagai harta sepencarian. Sekiranya yang menuntut adalah isteri, maka penerimaan harta sepencarian tidak akan mengurangkan bahagian faraid isteri(1/4 tiada anak) atau (1/8 ada anak).

Kelima, selesaikan hutang simati. Segala hutang piutang simati sebaiknya dibayar menggunakan harta simati. Hutang ini termasuk hutang kepada Allah seperti nazar yang tidak ditunaikan atau zakat yang tidak dikeluarkan serta hutang kepada manusia seperti pinjaman rumah atau pinjaman pendidikan. Asalkan ia dikategorikan sebagai hutang, ia wajib dilangsaikan.

Setelah langkah langkah diatas diambil, apa yang berbaki itulah pusaka bersih simati yang tertakluk kepada faraid. Itulah yang dibahagikan kepada waris waris yang berhak.


Mohd Khairuddin
Perunding
Wasiyyah Shoppe Trustee
019 339 9279



Wednesday, 7 August 2019

Awas! Isteri bukan pemilik tunggal KWSP walaupun diletakkan sebagai penama!

Pada post yang lalu, saya kupas penamaan Tabung Haji. Pada post kali ini kita kongsi pula fakta tentang KWSP.

Ramai dah buat penamaan KWSP tapi majoriti masih tak betul betul faham maksudnya. Anda bagaimana?

Mengikut Akta KWSP 1991, penama KWSP adalah dan hanyalah pemegang amanah kepada simpanan simati. Sekiranya penama itu salah seorang waris faraid maka beliau hanya berhak keatas bahagian beliau SAHAJA!

Contohnya, sekiranya seorang isteri diletakkan sebagai penama, haknya adalah 1/4 jika suami tiada anak dan 1/8 jika suami ada anak(bekas isteri atau isteri sekarang). Barang diingat, tiada harta sepencarian boleh dituntut daripada simpanan KWSP dan ini ditegaskan oleh keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Jadi, selepas diambil bahagian isteri(1/4 atau 1/8), selebihnya adalah milik ibu dan ayah(1/6 setiap seorang) dan baki kepada anak anak. Ya, bahagian anak anak sepatutnya tidak dibelanjakan dan diserahkan kepada anak anak selepas mereka cukup umur.

Begitu juga jika penama adalah ibu. Ibu mertua hanya berhak keatas bahagian faraid ibu 1/3 atau 1/6 bergantung kepada susunan waris faraid manakala selebihnya adalah milik menantu dan cucu. Tidak boleh malah haram ibu mertua menidakkan hak menantu dengan alasan baru sahaja kahwin atau menantu ada kerja dan sebagainya. Hak faraid adalah mutlak dan menantu berhak keaatas bahagian faraid beliau.

Saya ditanya, bolehkah KWSP dibuat hibah?

Jawapannya tidak boleh. Penjelasan panjang akan dibuat di post yang lain. Nak tahu sekarang, PM saya.

Saya ditanya lagi, mana lebih baik letak penama atau tidak?

Asasnya, meletakkan penama memberikan banyak kelebihan. Antaranya, duit akan diperolehi tanpa keperluan kepada surat kuasa dan bicara dalam tempoh yang sangat cepat. Tambah pula tiada sebarang kos yang akan dikenakan dan ia juga tidak akan dicukai kerajaan.

Namun begitu, sekiranya penama tidak tahu dan faham tanggungjawapnya, boleh saja duit itu dibolot seorang sahaja dan menafikan hak waris yang lain. Bukan jarang kita mendengar mertua bolot KWSP atau isteri larikan KWSP tanpa memberikan bahagian waris faraid yang lain.

Pada pandangan saya, kitalah yang terbaik dalam membuat pilhan kerana kita jualah yang lebih mengenali ahli keluarga kita dan mengetahui keadaan kewangan keluarga. Kepada yang merasakan waris mampu(untuk meneruskan belanja kehidupan) mungkin pilihan terbaik adalah dibiarkan kosong penamaan dan duit ditadbir melalui tuntutan pusaka, maka tiada pihak yang akan dinafikan bahagiannya.
 
Kepada yang merasakan anak isteri mungkin memerlukan, mungkin isteri patut diletakkan sebagai penama supaya keluarga tidak hilang punca. Pada masa sama perlu jelaskan kepada isteri tanggungjawap beliau dan hak ibu dan ayah mertua keatas faraid. Tepuk dada tanya keyakinan!

Cadangan saya?
Saya mencadangkan, apapun pilihan penamaan KWSP anda, lantiklah organisasi professional untuk membantu waris menguruskan tuntutan pusaka anda. Bukan sahaja KWSP tapi rumah, tanah, simpanan bank, unit amanah, Tabung Haji dan lain lain.
Kenapa? Kerana bila diuruskan oleh pakar, urusan akan menjadi mudah, cepat, teratur dan memberikan kebaikan kepada simati dan juga waris tanpa salah faham dan masalah.

Wasiyyah Shoppe Trustee adalah salah satu satunya syarikat amanah yang memberikan khidmat pengurusan dan perancangan harta dan pusaka secara syariah dan menurut proses undanf undang!


Mohd Khairudin
Perunding
Wasiyyah Shoppe Trustee
019 339 9278










Tuesday, 6 August 2019

DUIT TABUNG HAJI BUKAN MILIK MUTLAK PENAMA TAU!


Seorang balu bergaduh dengan mertua berebutkan duit Tabung Haji arwah suami. Si ibu mertua bertanyakan kepada saya samada benar atau tidak beliau dan suami tidak berhak keatas simpanan tersebut.

"Menantu cakap arwah anak namakan dia sebagai penama, jadi duit tu hak dia. Kalau dia nak bagi atas ehsan dia sahaja. Betul ke encik?" soal beliau.

"Menantu cakap saya hanya ada bahagian keatas pusaka, sebab tabung haji arwah anak dah namakan menantu sebagai penama jadi bukan harta pusaka dia kata. Betul ke?" tambah beliau.

Berapa ramai masih keliru perihal status simpanan Tabung Haji? Berapa ramai lagi yang masih juga tak faham status penamaan Tabung Haji?

Untuk makluman bersama, saya jelaskan supaya tiada lagi salah faham.

Pertama, semua simpanan termasuk duit di Tabung Haji adalah pusaka dan tertakluk kepada faraid(setelah ditolak hutang, wasiat 1/3 dsb).

Kedua, penama Tabung Haji hanyalah pemegang amanah dan BUKAN pemilik mutlak simpanan. Simpanan mesti dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut faraid.

Ada yang jawap, "kalau begitu baik tak payah ada penama!"

Sebenarnya, penamaan adalah untuk kemudahan waris. Tabung Haji membenarkan penamaan supaya waris yang mungkin memerlukan mudah tunai dapat memperolehi duit dengan segera untuk keperluan mendesak tanpa memerlukan surat kuasa. Apa yang perlu adalah pemegang amanah mentadbir dan menguruskan duit itu dengan penuh amanah.

Selain itu penamaan juga mengurangkan kos tuntutan pusaka selain proses yang jauh lebih pantas dan mudah. Ditangan pemegang amanahyang baik, mudahlah urusan dan bahagialah waris. Masalahnya, ditangan penama yang khianat duit itu mungkin disalahguna dan waris berhak tidak mendapat bahagian mereka.

Ada ke cara lain selain penamaan untuk Tabung Haji?

Ada. Selain dibiarkan tanpa penamaan dan diletakkan penama, pemilik simpanan Tabung Haji boleh membuat hibah Tabung Haji.

Melalui hibah, pemilik boleh memberikan simpanan kepada sesiapa sahaja yang dihajati. Kerana harta yang dihibahkan bukan pusaka maka penerima hibah Tabung Haji adalah penerima mutlak dan berhak sepenuhnya keatas wang tersebut.

Nak tahu bagaimana nak buat hibah Tabung Haji?


Mohd Khairuddin
Perunding
Wasiyyah Shoppe Trustee
019 339 9278






Sunday, 4 August 2019

Cerita Pusaka: Anak Solehah...bhgn 2

Dalam post sebelum ni, saja janji utk berkongsi langkah perlu untuk mengelakkan masalah perebutan harta selepas kematian, terutamanya KWSP.

Mengapa KWSP? Kerana dikalangan umat islam Malaysia, KWSP adalah tunai terbanyak yang ditinggalkan simati. Tak percaya, tengok diri sendiri dan keluarga terdekat.

Ya, KWSP menyediakan kemudahan penamaan tetapi anda mesti tahu apakah fungsinya dan bagaimana ia beroperasi.

1. Penamaan diadakan untuk memudahkan pengeluaran dan tunai kepada waris tetapi penama BUKAN pemilik!

2. Penama hanya seorang pentadbir sahaja.

3. Wang KWSP adalah pusaka yang wajib dibahagikan mengikut faraid.

Saya mencadangkan yang berikut;

1. Sekiranya meletakkan penama, pastikan penama faham hak dan tanggungjawap beliau.

2. Beritahu penama dan waris yang lain perihal penamaan dan hak waris yang lain untuk mengelak salahfaham dikemudian hari.

3. Sekiranya khuatir penama tidak amanah, boleh letak penamaan bersama mengikut kadar tertentu(mereka masih menerima sebagai pentadbir).

4. Sekiranya tiada penama diyakini, boleh juga melantik Amanah Raya sebagai pentadbir. Cuma ada kos yang dikenakan pihak ARB dan kos akan dipotong daripada wang KWSP anda.

5. Anda juga boleh membiarkan KWSP anda tanpa penama. Dengan cara ini waris perlu mendapatkan surat kuasa samada dari Pejabat Pesaka Kecil, ARB atau mahkamah tinggi sebelum wang KWSP dapat dicairkan.

Jadi meletak penama ada kelebihan dan kekurangan, begitu juga dengan membiarkan KWSP tanpa penama.

Paling penting anda perlu tahu situasi anda dan keluarga seterusnya membuat perancangan SEKARANG semasa masih hidup. Dengan perancangan, insyaallah wang KWSP anda akan menjadi barakah dan menjadi bekal di akhirat.

Nak tahu bagaimana nak rancang? Nak elak kos tinggi dipotong daripada KWSP anda? Jom bincang!!!

Mohd Khairuddin
Perunding
Wasiyyah Shoppe Trustee
019 33 99278

Sudahkah anda merancang harta anda?

SUDAHKAH ANDA MERANCANG? Pepatah Inggeris berbunyi, "if you fail to plan, then you are planning to fail". Dalam soal perancangan h...