Hidup ini adalah fasa paling singkat dalam perjalanan seorang insan. Masih jauh lagi perjalanan seorang hamba Allah.
Ketika kita ada urusan diluar dan perlu tinggalkan anak isteri, kita sediakan semua keperluan supaya mencukupi.
Bila kita hendak bercuti, kita pastikan semua keperluan kita dibawa bersama, kita rancang dengan teliti.
Pendek kata, kita rancang dan cuba buat yang terbaik! Nak sekolah di mana, nak masuk universiti mana, nak kerja apa dan sebagainya.
Kalau hal dunia yang hanyalah persinggahan sementara diatur dan dirancang dengan baik, masuk akalkah kita tidak membuat apa apa persediaan untuk baki perjalanan yang jauh lebih panjang dan penting, perjalanan selepas MATI!
Tak masuk akal TETAPI itulah yang dibuat majoriti kita! Dalam urusan harta pun begitu, kita lalai dan kita lupa.
" Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". - Al Munafiquun 63:10
Dalam ayat diatas, Allah SWT menyatakan bahawa manusia akan memohon dengan penuh pengesalan untuk diberikan sedikit masa untuk kembali kedunia untuk BERSEDEKAH supaya dia dapat menjadi orang orang yang soleh.
Kenapa manusia mahu sedekah? Kenapa tidak mahu solat, haji dan lainnya?
Jawapannya ada di ayat dibawah;
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." - Al Baqarah 2:261-262
Allah menggambarkan pahala berlipat kali ganda daripada sedekah yang ikhlas dan mereka tidak perlu risau akan janji balasan baik daripada Allah.
Maka, tidak ada keraguan lagi keistimewaan bersedekah. Ramai yang mengambil peluang bersedekah semasa hidup. Bagus! mereka orang orang yang beruntung.
Tetapi bolehkah kita meneruskan sedekah selepas mati? Bagaimana? Nabi SAW bersabda;
Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. - riwayat Muslim
Soalnya, bagaimana mungkin untuk kita terus bersedekah selepas kematian?
Caranya ialah melalui amanah, waqaf dan wasiat ⅓. Hanya dengan cara ini sahajalah kita mampu untuk terus menggunakan harta kejalan Allah.
Kuncinya adalah MEMBUAT PERANCANGAN SEMASA HIDUP! Kenapa?
Kerana, tanpa perancangan melalui waqaf, amanah dan wasiat ⅓, harta pusaka hanya akan diserahkan kepada waris mengikut faraid setelah ditunaikan kewajipan lain seperti hutang dan sebagainya.
Maka, nasib kita terserah kepada waris dan keluarga yang kalau mereka orang soleh dan ingat kepada kita, mereka membuat amal soleh dan sedekahkan pahala kepada kita. Kalau mereka lupakan kita, maka nauzubillahiminzaalik, tergolonglah kita dikalangan orang orang yang rugi yang digambarkan Allah di dalam Surah Al Munafiquun diatas.
Justeru itu, Tuan dan Puan, saya mengingatkan diri saya dan menyeru Tuan dan Puan untuk merancang harta SEKARANG!
JANGAN BERTANGGUH kerana sesungguhnya kira tidak tahu bila kita akan mati.
Persediaan dan perancangan harta terbaik adalah sekarang semasa kita masih hidup dan masih sihat.
Buatlah perancangan sebelum terlambat. BANTU kami untuk BANTU ANDA!
019 339 9278
https://bicarahartawarisan.wasap.my

