Sebabnya mahu menikmati alam semulajadi bersama keluarga dengan berkhemah. Saya sangat suka dan nak cari sebiji dua lagi!
Kelmarin, saya ke kedai runcit berdekatan rumah yang selalu saya pergi. Di atas almari kedai di belakang juruwang, saya nampak beberapa lampu ayam tersodeh di situ!
Terus saya tanya, "dik, lampu tu baru ada ke?" Sambil saya menunding jari kearah lampu ayam tersebut.
"Taklah bang, dah lama la, sentiasa ada jer".
Terlintas di fikiran, allahuakbar! Jenuh mencari sedangkan yang dicari hanya didepan mata!
Begitulah! Tapi bukan cerita "camping" yang nak saya ceritakan.
Yang mahu saya kongsi disini masih lagi mengenai harta dan pusaka.
Sifat manusia, apabila sesuatu itu tidak dirasakan menjadi keperluan dan tak didambakan, walaupun depan mata setiap hari kita tak nampak, tak kisah dan tak ambil peduli. Walaupun hakikatnya ia penting, kita tidak perasan.
Pada kita, ia tak penting! Tak ada nilai dan tak ada manfaat buat kita.
Sudah beberapa tahun di dalam bidang ini, saya memerhatikan perkara sama berlaku dalam soal hatta dan pusaka.
Majoriti boleh dikatakan, 80% yang menghubungi saya berkenaan dengan harta dan pusaka ialah apabila ia sudah terlambat!
Antaranya bila,
Suami dah meninggal, sekarang isteri berebut harta dengan mertua dan ipar duai.
Suami sudah tiada, isteri baru terfikir nak beri sebahagian harta kepada anak angkat. Waris lain bantah.
Suami dah terlantar sakit teruk, isteri baru nak tanya pasal hibah rumah yang didiami.
Ayah dah nyanyuk baru nak tanya tentang wasiat dan hibah.
Ibu sudah terbaring, baru nak tahu siapa waris faraid yang layak!
Banyak lagilah kes kes yang saya jumpa tapi hakikatnya sama, NASI SUDAH MENJADI BUBUR!
Tiada lagi perancangan yang boleh dibuat kerana merancang harta adalah semasa kita masih HIDUP dan SIHAT!
Dah meninggal atau dah "imcompetant to contract", tiada lagi perancangan yang boleh dibuat.
Bersyukurlah Allah SWT turunkan faraid! Kalau tidak lagi haru biru berebutkan harta dunia.
Nasihat saya, buanglah sikap tidak peduli begini. Ambillah tahu dan ambillah tindakan semasa kita masih mampu.
Pepatah melayu sudah ingatkan kita. Janganlah "Sudah terhantuk baru tengadah". Kita akan rugi, waris akan rugi dan masyarakat pun aku rugi. Tiada siapa pun yang untung!
Sebaliknya, ambillah iktibar dan ikutlah pepatah melayu "sediakan payung sebelum hujan" dan "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".
Saya cadangkan.
1. Sertai Khairat Pusaka untuk pastikan urusan pusaka kita diselesaikan seberapa segera mungkin selepas kematian tanpa kos perlu dibayar waris dan tanpa mengharapkan waris melakukannya. Seperti khairat pusaka selesaikan urusan pengebumian, khairat pusala akan selesaikan urusan harta pusaka simati.
2. Jika perlu, lantik WASI untuk bertindak sebagai pentadbir dan pemegang amanah harta pusaka kita. Insyaallah tiada pecah amanah dan hak waris terjaga.
3. Buat wasiat untuk tujuan sedekah dan amal jariah. Harta yang bermanfaat buat kita adalah harta yang kita beri BUKAN yang kita simpan. Anak belum tentu soleh, ilmu mungkin tiada yang kita ajarkan tapi sekiranya kira wasiatkan sebahagian harta kepada ummah, sudah pasti ia menjadi pahala dan barakah.
4. Sekiranya perlu, buatlah hibah harta untuk kebajikan waris dan penerima. Hibah rumah kepada isteri contohnya menjamin isteri tidak perlu risau berkongsi rumah dengan waris lain.
5. Kalau harta banyak, kenapa tidak buat amanah? Tidakkah Allah janjikan pahala berlipat kali ganda kepada yang menginfakkan harta untuk masyarakat? Dana amanah kita boleh digunakan untuk masjid, pendidikan, kesihatan dan banyak lagi. Bukankah sangat bermanfaat?
Apapun,pilihan tersedia. Kita hanya perlu pilih apakah tindakan yang mahu kita buat.
Tepuk dada tanya iman!
Tidak akan berganjak kedua kaki anak Adam pada hari kiamat disisi tuhannya sehingga akan ditanya tentang lima perkara: tentang umurnya dalam apa ia gunakan, tentang masa mudanya dalam apa ia habiskan, tentang hartanya darimana ia peroleh dan dalam apa ia belanjakan, dan tentang apa yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu).(Hadis Riwayat Tarmizi)
fb: Pembahagian Harta Pusaka
019 339 9278
