Thursday, 1 October 2020

Duit KWSP arwah ayah semua ibu ambil!


Kami ditanya seorang wanita mengenai wang KWSP arwah ayah beliau.

Menurut beliau selain ibu, dia ada 2 orang saudara lelaki, nenek(ibu ayah) pun masih ada.

Soal beliau, ibu menyatakan semua duit KWSP dan Tabung Haji adalah milik ibu kerana ibu adalah penama. Duit itu tak tertakluk kepada faraid menurut ibu beliau.

Beliau tidak pasti kebenaran dakwaan ibu dan tidak mahu bertanya lanjut kerana tidak mahu ibu salah sangka.

Sebenarnya, acapkali kami berhadapan persoalan serupa. Walaupun telah banyak kali ilmuan menjelaskan, masih ramai lagi dikalangan masyarakat yang keliru dan salah faham.

Penama bukan pemilik

Perlu difahami setiap penamaan mempunyai maksud yang berbeza di sisi undang undang dan syarak.

Spesifik untuk soalan diatas berkenaan KWSP dan Tabung Haji ditegaskan seperti berikut.

1. Penama KWSP hanyalah pentadbir dan pemegang amanah. Wang KWSP mesti diagihkan mengikut faraid. Pembahagian dengan kaedah lain hanya boleh dilakukan jika dipersetujui waris terbabit.

2. Tabung Haji pula ada penamaan dan juga hibah. Jika pemilik akaun hanya membuat penamaan biasa maka keadaannya sama seperti KWSP diatas. Namun jika pemilik akaun membuat hibah Tabung Haji, maka wang adalah milik penerima hibah BUKAN lagi tertakluk faraid. Malah, sekiranya penerima meninggal terlebih dahulu, wang itu adalah tertakluk faraid simati(penerima).

Siapa waris berhak dan bahagian menurut FARAID?

Berbalik kepada soalan asal, waris berhak adalah isteri, 2 anak lelaki dan 1 perempuan dan ibu.

Bahagian FARAID seperti berikut;

Ibu - ⅙
Isteri - ⅛
Baki - 3 anak pada kadar 2:1 diantara lelaki dan perempuan

Bahagian akhir;

Ibu - 15/120
Isteri - 20/120
Setiap Anak Lelaki - 34/120
Anak P'puan - 17/120

Jadi, pada anggapan bahawa jumlah simpanan KWSP arwah ialah RM juta, bahagian setiap waris adalah seperti berikut;

Ibu - 15/120 x RM1 juta = RM125,000
Isteri - 20/120 x RM1 juta = RM166,666.67
Setiap A L'ki - 34/120 x RM1 juta = RM283,333.33
Anak P'puan - 17/120 x RM1 juta = RM141,666.67

Jadi, inilah pembahagian yang sah disisi undang undang dan syarak. Malah untuk wang KWSP, menyantuni keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, ibu juga tidak boleh menuntut harta sepencarian daripada simpanan KWSP.

Tindakan penama membolot semua simpanan adalah salah malah berdosa disisi agama kerana mengambil hak orang lain. Wallahualam.


Fb: Pembahagian Harta Pusaka
https://www.facebook.com/bicarahartawarisan/
htpps://bicarahartawarisan.wasap.my
Youtube Channel : https://youtu.be/A7osiaR27mA
019 339 9278






















Jenis Penamaan Takaful.Yang mana lebih baik?


Dewasa ini ramai yang telah sedar akan kepentingan takaful. Walaupun peratusan rakyat Malaysia yang memiliki perlindungan takaful telah meningkat namun ia masih jauh dari sasaran kerajaan.

Daripada soal selidik yang kami jalankan, antara sebab pelanggan menyertai takaful adalah untuk menjamin kebajikan anak anak, selesaikan hutang, elak waris bergaduh berebut pusaka dan sebagai hadiah.

Soalnya, adakah sijil takaful yang disertai akan benar benar mencapai hasrat peserta?

Sudah menjadi tren dikalangan penggiat takaful mempromosikan HIBAH sebagai cara utama penamaan sijil takaful. Malangnya, kadang kadang nasihat ini diberi tanpa betul betul memahami tujuan dan hasrat pelanggan sebaliknya secara "default" penamaan yang dipilih ialah hibah bersyarat takaful. 

Tidak sedikit juga kes yang kami jumpa dimana pelanggan diyakinkan hibah takaful adalah "the solution" malah menyelesaikan isu harta pusaka. Salah maklumat dan salah informasi ini mesti dihentikan!

Sebenarnya, dengan pewartaan IFSA 2013, ada 3 jenis penamaan untuk sijil takaful;

1. Wasi - penerima hanyalah pentadbir dan pemegang amanah, pampasan perlu diagihkan mengikut faraid.

2. Hibah bersyarat - pampasan adalah milik mutlak penerima hibah tanpa terikat dengan sebarang syarat.

3. Absolute assignment - penerima adalah pemegang amanah(syarikat amanah) yang akan mentadbir pampasan mengikut arahan daripada surat ikatan amanah pelanggan.

Ketiga tiga ini jenis penamaan ini berbeza sifatnya dan sudah pasti berbeza juga implikasinya di sudut undang undang dan syarak!

Jadi sebagai pelanggan, masyarakat perlu faham isu ini dengan baik demi mengelak masalah di kemudian hari.

Kalau hasrat adalah untuk bayar hutang mungkin penamaan wasi terbaik. Kalau untuk manfaat anak vawah umur atau kurang upaya mungkin absolute assignment lebih baik. Dan kalau mahu beri kepada isteri sebagai hadiah, hibah bersyarat mungkin paling sesuai. Yang pasti, cara "one size fits all" adalah tidak tepat dah salah dalam memilih jenis penamaan sinil takaful.

Perkara terakhir yang kita mahu adalah setelah banyak wang dilabur mencarum takaful, pelanggan gagal mencapai hasrat dan tujuan sebenar ia diambil!

Lebih teruk, pampasan takaful yang sepatutnya memudahkan waris menjadi punca perseteruan keluarga.

PS: Dah tahu jenis penamaan sijil takaful anda? Apa tujuan sijil itu diambil? Sesuai tak dan boleh tercapaikah hasrat?

Tepuk dada tanya ilmu dan akal.


Pembahagian Harta Pusaka

019 339 9278


Sunday, 27 September 2020

Ruginya tidak bersedekah semasa hidup. Bertambah rugi tidak bersedekah selepas mati.


Hidup ini adalah fasa paling singkat dalam perjalanan seorang insan. Masih jauh lagi perjalanan seorang hamba Allah.

Ketika kita ada urusan diluar dan perlu tinggalkan anak isteri, kita sediakan semua keperluan supaya mencukupi.

Bila kita hendak bercuti, kita pastikan semua keperluan kita dibawa bersama, kita rancang dengan teliti.

Pendek kata, kita rancang dan cuba buat yang terbaik! Nak sekolah di mana, nak masuk universiti mana, nak kerja apa dan sebagainya.

Kalau hal dunia yang hanyalah persinggahan sementara diatur dan dirancang dengan baik, masuk akalkah kita tidak membuat apa apa persediaan untuk baki perjalanan yang jauh lebih panjang dan penting, perjalanan selepas MATI!

Tak masuk akal TETAPI itulah yang dibuat majoriti kita! Dalam urusan harta pun begitu,  kita lalai dan kita lupa. 

 " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". - Al Munafiquun 63:10

Dalam ayat diatas, Allah SWT menyatakan bahawa manusia akan memohon dengan penuh pengesalan untuk diberikan sedikit masa untuk kembali kedunia untuk BERSEDEKAH supaya dia dapat menjadi orang orang yang soleh.

Kenapa manusia mahu sedekah? Kenapa tidak mahu solat, haji dan lainnya?

Jawapannya ada di ayat dibawah;

 "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." - Al Baqarah 2:261-262

Allah menggambarkan pahala berlipat kali ganda daripada sedekah yang ikhlas dan mereka tidak perlu risau akan janji balasan baik daripada Allah.

Maka, tidak ada keraguan lagi keistimewaan bersedekah. Ramai yang mengambil peluang bersedekah semasa hidup. Bagus! mereka orang orang yang beruntung.

Tetapi bolehkah kita meneruskan sedekah selepas mati? Bagaimana? Nabi SAW bersabda;

Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. - riwayat Muslim

Soalnya, bagaimana mungkin untuk kita terus bersedekah selepas kematian?

Caranya ialah melalui amanah, waqaf dan wasiat ⅓. Hanya dengan cara ini sahajalah kita mampu untuk terus menggunakan harta kejalan Allah.

Kuncinya adalah MEMBUAT PERANCANGAN SEMASA HIDUP! Kenapa? 

Kerana, tanpa perancangan melalui waqaf, amanah dan wasiat ⅓, harta pusaka hanya akan diserahkan kepada waris mengikut faraid setelah ditunaikan kewajipan lain seperti hutang dan sebagainya.

Maka, nasib kita terserah kepada waris dan keluarga yang kalau mereka orang soleh dan ingat kepada kita, mereka membuat amal soleh dan sedekahkan pahala kepada kita. Kalau mereka lupakan kita, maka nauzubillahiminzaalik, tergolonglah kita dikalangan orang orang yang rugi yang digambarkan Allah di dalam Surah Al Munafiquun diatas.

Justeru itu, Tuan dan Puan, saya mengingatkan diri saya dan menyeru Tuan dan Puan untuk merancang harta SEKARANG!

JANGAN BERTANGGUH kerana sesungguhnya kira tidak tahu bila kita akan mati.

Persediaan dan perancangan harta terbaik adalah sekarang  semasa kita masih hidup dan masih sihat.

Buatlah perancangan sebelum terlambat. BANTU kami untuk BANTU ANDA!

019 339 9278

https://bicarahartawarisan.wasap.my




Sunday, 20 September 2020

Isu Faraid, adakah isteri baru dikahwini berhak?

 Isu Faraid: Ayah meninggal dunia meninggalkan isteri baru dinikahi, bagaimana pembahagian faraid?


Kami ditanya soalan berkenaan seorang anggota keselamatan yang meninggal dunia.

Meninggal dalam perkhidmatan
Berkahwin baru pada awal 2020
Ada 3 anak lelaki dan seorang perempuan dewasa
Ayah masih ada

  1. Apa hak isteri baru?
  2. Siapa dapat pencen/gratuti?
  3. Siapa berhak keatas tanah, rumah, kenderaan, saham dan simpanan arwah?
  4. Siapa paling layak mentadbir harta?

1.Isteri baru arwah berhak terhadap pusaka pada kadar ⅛ daripada harta pusaka yakni selepas ditolak kos pengkebumian, hutang, wasiat ⅓ dan hibah jika ada. Dalam peratusan, hak isteri adalah 12.5% daripada pusaka simati.

2.Pencen terbitan dibayar mengikut akta pencen dan pencen BUKAN pusaka yang tertakluk kepada faraid. Mengikut akta pencen, penerima pencen terbitan yang layak adalah isteri simati dan anak jika dibawah 21 tahun. Begitu juga bayaran ganjaran dimana ia bukan sebahagian pusaka. Penerima layak adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran manfaat kerajaan.

3.Semua waris faraid berhak keatas pusaka simati iaitu ayah simati, isteri simati dan anak anak simati pada kadar seperti berikut.

Ayah 28/168
Isteri 21/168
Anak lelaki setiap seorang 34/168
Anak perempuan 17/168

4.Pentadbir layak adalah pentadbir yang dilantik simati semasa hidup(jika ada).
Jika tiada lantikan dibuat, waris boleh mentadbir secara bersama sehingga tuntutan difailkan di pejabat pusaka kecil/mahkamah dan pelantikan wasi serta pembahagian harta dibuat.

Thursday, 17 September 2020

Melihat Tapi Tidak Nampak

Beberapa minggu lalu saya mencari cari kedai menjual lampu ayam. Jenuh mencari akhirnya dapat juga.

Sebabnya mahu menikmati alam semulajadi bersama keluarga dengan berkhemah. Saya sangat suka dan nak cari sebiji dua lagi!

Kelmarin, saya ke kedai runcit berdekatan rumah yang selalu saya pergi. Di atas almari kedai di belakang juruwang, saya nampak beberapa lampu ayam tersodeh di situ!

Terus saya tanya, "dik, lampu tu baru ada ke?" Sambil saya menunding jari kearah lampu ayam tersebut.

"Taklah bang, dah lama la, sentiasa ada jer".

Terlintas di fikiran, allahuakbar! Jenuh mencari sedangkan yang dicari hanya didepan mata!

Begitulah! Tapi bukan cerita "camping" yang nak saya ceritakan.

Yang mahu saya kongsi disini masih lagi mengenai harta dan pusaka.

Sifat manusia, apabila sesuatu itu tidak dirasakan menjadi keperluan dan tak didambakan, walaupun depan mata setiap hari kita tak nampak, tak kisah dan tak ambil peduli. Walaupun hakikatnya ia penting, kita tidak perasan.

Pada kita, ia tak penting! Tak ada nilai dan tak ada manfaat buat kita.

Sudah beberapa tahun di dalam bidang ini, saya memerhatikan perkara sama berlaku dalam soal hatta dan pusaka.

Majoriti boleh dikatakan, 80% yang menghubungi saya berkenaan dengan harta dan pusaka ialah apabila ia sudah terlambat!

Antaranya bila,

Suami dah meninggal, sekarang isteri berebut harta dengan mertua dan ipar duai.

Suami sudah tiada, isteri baru terfikir nak beri sebahagian harta kepada anak angkat. Waris lain bantah.

Suami dah terlantar sakit teruk, isteri baru nak tanya pasal hibah rumah yang didiami.

Ayah dah nyanyuk baru nak tanya tentang wasiat dan hibah.

Ibu sudah terbaring, baru nak tahu siapa waris faraid yang layak!

Banyak lagilah kes kes yang saya jumpa tapi hakikatnya sama, NASI SUDAH MENJADI BUBUR!

Tiada lagi perancangan yang boleh dibuat kerana merancang harta adalah semasa kita masih HIDUP dan SIHAT!

Dah meninggal atau dah "imcompetant to contract", tiada lagi perancangan yang boleh dibuat.

Bersyukurlah Allah SWT turunkan faraid! Kalau tidak lagi haru biru berebutkan harta dunia.

Nasihat saya, buanglah sikap tidak peduli begini. Ambillah tahu dan ambillah tindakan semasa kita masih mampu.

Pepatah melayu sudah ingatkan kita. Janganlah "Sudah terhantuk baru tengadah". Kita akan rugi, waris akan rugi dan masyarakat pun aku rugi. Tiada siapa pun yang untung!

Sebaliknya, ambillah iktibar dan ikutlah pepatah melayu "sediakan payung sebelum hujan" dan "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".

Saya cadangkan.

1. Sertai Khairat Pusaka untuk pastikan urusan pusaka kita diselesaikan seberapa segera mungkin selepas kematian tanpa kos perlu dibayar waris dan tanpa mengharapkan waris melakukannya. Seperti khairat pusaka selesaikan urusan pengebumian, khairat pusala akan selesaikan urusan harta pusaka simati.

2. Jika perlu, lantik WASI untuk bertindak sebagai pentadbir dan pemegang amanah harta pusaka kita. Insyaallah tiada pecah amanah dan hak waris terjaga.

3. Buat wasiat untuk tujuan sedekah dan amal jariah. Harta yang bermanfaat buat kita adalah harta yang kita beri BUKAN yang kita simpan. Anak belum tentu soleh, ilmu mungkin tiada yang kita ajarkan tapi sekiranya kira wasiatkan sebahagian harta kepada ummah, sudah pasti ia menjadi pahala dan barakah.

4. Sekiranya perlu, buatlah hibah harta untuk kebajikan waris dan penerima. Hibah rumah kepada isteri contohnya menjamin isteri tidak perlu risau berkongsi rumah dengan waris lain.

5. Kalau harta banyak, kenapa tidak buat amanah? Tidakkah Allah janjikan pahala berlipat kali ganda kepada yang menginfakkan harta untuk masyarakat? Dana amanah kita boleh digunakan untuk masjid, pendidikan, kesihatan dan banyak lagi. Bukankah sangat bermanfaat?

Apapun,pilihan tersedia. Kita hanya perlu pilih apakah tindakan yang mahu kita buat.

Tepuk dada tanya iman!

Tidak akan berganjak kedua kaki anak Adam pada hari kiamat disisi tuhannya sehingga akan ditanya tentang lima perkara: tentang umurnya dalam apa ia gunakan, tentang masa mudanya dalam apa ia habiskan, tentang hartanya darimana ia peroleh dan dalam apa ia belanjakan, dan tentang apa yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu).(Hadis Riwayat Tarmizi)


fb: Pembahagian Harta Pusaka
019 339 9278








Monday, 14 September 2020

MANFAAT PERKESO DAN TAKAFUL MEMUDAHKAN DAN MEMBANTU WARIS. BEGITU JUGA KHAIRAT PUSAKA.

Semasa suami masih sihat dan bekerja, mencarum takaful atau Perkeso nampak merugikan dan berat. Lagi bagus kalau duit itu dilaburkan atau digunakan untuk belanja. "Membazir je ambil takaful, claim nanti bukan senang nak dapat".

Tetapi cuba tanya kepada penerima manfaat takaful dan manfaat elat Perkeso. Saya belum pernah lagi jumpa yang tolak cek takaful dan tak mahu ambil faedah bulanan Perkeso. Semuanya bersyukur!

Jadi seperti mana takaful dan Perkeso membantu waris, begitu juga Khairat Pusaka!

Kalau takaful/Perkeso bantu kelangsungan keluarga dan khairat kematian bantu urusan jenazah, khairat pusaka membantu menyelesaikan tanggungjawap terakhir seorang pemilik harta iaitu menyelesaikan tanggungjawap dan urusan pusaka simati!

Pada tahun 2019, lebih 70 billion harta atas nama pemilik yang telah meninggal dunia. Nilai ini akan terus meningkat saban tahun!

Kenapa mahu biar harta anda ditimpa nasib sama? Harta yang anda kumpul dengan titik peluh terbeku tanpa memberi manfaat kepada sesiapa. Tidak kepada waris, tidak kepada masyarakat dan paling penting tidak memberi sebarang manfaat kepada anda dalam bentuk pahala.

Nabi Muhammad SAW bersabda;

"Apabila seorang anak Adam meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara,sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak solehnyang mendoakan untuknya". - Sahih Muslim

Jadi kenapa perlu sertai Khairat Pusaka dan menrancang harta?
Ini sebabnya!

1. Pastikan urusan tuntutan dilakukan dengan segera selepas kematian tanpa bertangguh.

2. Pastikan kos tuntutan telah disediakan tanpa perlu berharap waris mengeluarkan wang untuk bayaran guaman.

3. Pastikan tuntutan dibuat oleh profesional yang mahir selok belok tuntutan pusaka.

4. Pastikan tiada unsur pecah amanah dan penipuan kerana tuntutan dibuat dan diselia syarikat amanah berdaftar yang terikat dengan perundangan.

5. Pastikan kos tuntutan adalah munasabah dan tidak perlu membayar kos guaman yang tinggi.

6. Pastikan hak waris, waris bawah umur dan waris OKU terpelihara.

7. Pastikan hak pemilik harta(simati) untuk bersedekah dan amal jariah selepas kematian dilaksanakan melalui wasiat ⅓.

Diatas antara manfaat menyertai Khairat Pusaka. Akhirnya, pihak yang paling untung adalah simati!

Tunggu apa lagi? Berlaku adillah kepada diri sendiri!

fb: Pembahagian Harta Pusaka
019 339 9278


Thursday, 10 September 2020

Masalah Tanah Felda. Adakah Penyelesaian terbaik?

Kami dihubungi seorang waris bertanyakan hak beliau sebagai anak keatas tanah felda yang ditinggalkan arwah ayah.

Selain beliau, ibu dan abang adalah waris faraid kepada ayah.

Menurut beliau, ibu dan abang dilantik sebagai pemegang amanah dan beliau turut bersetuju dan hasil dibahagi 3 antara mereka secara sama rata.

Setelah beberapa bulan urusan pusaka selesai masalah timbul. Bak pepatah melayu, rumah siap tetapi pahat masih berbunyi.

Pembahagian hasil hak beliau tidak diberi oleh ibu dan abang malah abang menyerang dan memaki hamun beliau bila beliau meminta bahagian hasil beliau.

Ini adalah antara masalah yang sering kami jumpa bila melibatkan harta pusaka felda.

Antara sebab utama masalah pusaka felda rumit untuk diselesaikan dan secara tidak langsung kadang kadang menyebabkan ada antara waris teraniaya adalah kerana sekatan yang wujud didalam Akta GSA. 

Menurut akta ini, penukaran hak milik perlu izin felda dan tanah tidak boleh dipindah kepada ramai waris. Sebaliknya, waris perlu memilih pemegang amanah diantara mereka dan hanya hasil dibahagikan mengikut pembahagian yang dipersetujui.

Masalah timbul apabila pihak yang memegang amanah mungkir dan tidak membahagikan hasil seperti yang dipersetujui. Dalam kes yang lebih serius, ada yang menyebabkan pergaduhan yang mendatangkan kecederaan kepada waris terlibat.

Pada pandangan kami, Felda dan kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian untuk masalah tanah felda. Kaedah sedia ada hanyalah sesuai sebagai langkah sementara dan solusi yang lebih komprehensif perlu dicari supaya kes kes penafian hak dan penganiayaan sesetengah waris dapat dielakkan.

Dikala kita faham sekatan didalam Akta GSAadalah perlu demi kepentingan survival operasi felda dan nilai ekonomi kepada negara, pada masa yang sama hak dan kebajikan waris kepada para peneroka perlu dipelihara dan dihormati.




Sudahkah anda merancang harta anda?

SUDAHKAH ANDA MERANCANG? Pepatah Inggeris berbunyi, "if you fail to plan, then you are planning to fail". Dalam soal perancangan h...